Cervical Polyps

Pergi check keputihan. Masa doctor ambil sampel dia nampak cervial polyps dlm 3cm. Suruh refer hospital. Keputihan result ok. Cuma bila minum air2 manis keluar byk gila and warna hijau. Bila cut sugar keputihan dh xbyk tp still ada. Ada siapa2 pernah ada cervical polyps semasa pregnant? Doctor remove atau biar sehingga deliver? Dia akan hilang sendiri x atau mmg kena remove by doctor?

6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya 🤚🏼 ada dua. satu kecil, satu besar. pegi check sbb bleeding lepas bersama suami. refer PAC Dr buang on the spot. alhamdulillah tak sakit, tak rasa apa apa. cuma sakit kena mulut itik, tu pun ikut Dr tu kasar ke tak. usually tak sakit. isnin ni next checkup utk check ada lg ke tak. doakan polip sy tu dah takda. tak sakit, cuma ngilu dengar bunyi gunting 🥹 Dr ckp xkan hilang sendiri, mmg kena remove. tgk keadaan menganggu ke tak, klu tak ganggu dorang xbuang.

Baca lagi
2w ago

Saya pernah sekali bersama keluar darah mcm period. Sekali tu ja dia keluar. Tp masa Doctor tu check just ckp dinding rahim mgkn berubah. Now bersama alhamdulillah ok. Xpergi check lagi. Esok baru nk jumpa pakar. Hope both of us ok la.

dia tgok juga sis kalau 3cm tu dh besar tu dia sejenis ketumbuhan kn , kalau tkde bleeding mungkin smpai bersalin bru diorang remove msa pregnancy tkpe , kalau lps pregnancy bleh kacau hormon atau jd jangkitan kuman . lpstu dr ckp ape awk ? kena remove ke

3w ago

Saya xpergi check ke hospital lagi. Masih lagi mencari OG. Hari tu pergi klinik biasa ja. Alhamdulillah skrg mmg xda apa bleeding lagi.

Sama mcm sy sis, sy pergi klinik swasta pakar puan.. Masa tu bleeding sskit2 masa 8w, lepastu dia tarik keluarkan besar jugak.. Tak rasa apa2.. Then bg ubat duphaston 7 hari lepastu darah stop n alhamdulillah skrang tggu hari nak bsalin...

Sy ada kputihan juga. Dari zaman bujang. Bila test kat klinik alhamdulillah kputihan biasa. Tp betul la sy perasan bila makan or minum bnda2 manis mmg akan kluar lg byk, lebih2 lagi mkn dessert cheese gitu

3w ago

sy pregnen ade keputihan byak.tp btol bila mkan byak mkanan or minuman manis mmg akn kluar byak dn agak keruh wrne die.kena minum air putih byak2 baru ok balik

TapFluencer

Tiada pengalaman puan. Mudahan Allah sembuhkan tanpa mudarat. Dan ya, bila kita kawal pengambilan gula dan tinggi karbohidrat, apa2 yg tak elok pada badan akan terkawal juga.

gula tu sis punca keputihan banyak huhu