Tak ada orang untuk diajak berbual atau meluah perasaan..
Penat,kena menghadap depression..kena hadap family yang tak faham dan suami yang tak membantu..setiap hari kurung diri dalam bilik,depression yang teruk sangat..rasa dah tak sanggup sebab penat nak hadap hidup ni..saya stop ubat sebab risau pasal baby tapi perlu ke saya ambil semula?doktor semua cakap saya kena teruskan makan ubat sebab keadaan saya yang agak teruk dalam kawal emosi..dah tak taw nak cerita dekat sapa..hmmm..

Awak, ikut nasihat doktor ye, demi diri awak dan anak tersayang. Ambil semula ubat. Mungkin kalau awak ambil ubat, awak tak boleh susukan anak dalam beberapa jam lepas makan ubat. Sebab ubat tu kuat. Tapi jangan risau sangat. Ada alternatif nya. Boleh pam susu sebelum makan ubat. Atau cuba berbincang dengan doktor jika ada pilihan ubat yang tak memberi kesan pada penyusuan. Tapi, kalau awak tak ambil ubat, saya risau emosi awak tak stabil. Mungkin effect dia jauh lebih teruk. Naudzubillahi min zalik. Minta dijauhkan daripada perkara2 buruk. Aamiin 🤲🏻 Saya dah baca semua comment2 dekat bawah termasuk comment baru awak.. Sedihnya saya baca 😭😭😭. Jujur, terasa ke hati. Kalau saya yg membaca pun rasa berat, apatah lagi awak yang memikul ujian ni. Ya Allah.. Engkau permudahkanlah urusan hambaMu ini Ya Allah.. Kerana dia tiada sesiapa melainkanMu ya Allah. Jangan Engkau biarkan dia putus asa Ya Allah. 🤲🏻 Awak, semoga Allah mempermudahkan urusan awak ye, meluaskan rezeki awak, melepaskan kesusahan, menunaikan segala hajat. Aamiin 🤲🏻. Stay strong 💪🏻💪🏻 Saya tak mampu nak beri kata2 semangat. Melainkan doa je yang saya mampu pohonkan. Moga Allah makbulkan. Tentang depression, secara jujur saya pun pernah alami sebelum ni. Pernah beberapa kali terfikir nak bunuh diri. Tapi depression saya tu mungkin sampai tahap yang awak alami. Masa terfikir rasa nak bunuh diri tu, saya rasa rugi kalau saya bunuh diri. Saya bermonolong dengan diri sendiri, "Kalau aku menderita dekat dunia yang sementara ni, lepas tu aku bunuh diri. Aku akan menderita secara kekal dekat akhirat kelak." Alhamdulillah, Allah sayang. Allah gerakkan untuk berfikir macam tu. Awak take care dan stay strong ye. Kalau awak rasa takde orang nak bercakap, nak luahkan perasaan, yang pertama luahkan kepada Allah waktu solat dan doa. Selain daripada awak luahkan waktu doa dan solat, awak boleh luahkan dekat kami, di Asian Parent ni. Selain tu, saya sertakan dekat sini link untuk talian hotline yang boleh dihubungi bagi mereka yang mengalami depressi:- https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pkp-sokongan-emosi-berdepan-ketidaktentuan-ini-senarai-talian-psikososial-238327 #TAPsupermoms #TAPactiveusers
Baca lagi