Awal Preggy
Normal ke kalau awal preggy bahagian kat ulu hati rasa sebu

Salam sejahtera puan. Untuk makluman anda, gejala pedih ulu hati dan sebu atau “bloating” adalah gejala yang biasa terjadi ketika hamil. Hal ini berlaku kerana, ketika hamil, tubuh mengandungi paras hormon estrogen yang tinggi dan menyebabkan saluran antara perut dan esofagus mengembang. Oleh itu, ibu hamil mudah mendapat masalah asid refluks yang biasanya muncul dengan gejala-gejala seperti pedih ulu hati dan sebu. Untuk mengatasi masalah ini, anda disarankan untuk makan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap, serta elakkan berbaring selepas makan. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.
Baca lagi



Mama of 2 Beauty princess