Awal Preggy

Normal ke kalau awal preggy bahagian kat ulu hati rasa sebu

25 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera puan. Untuk makluman anda, gejala pedih ulu hati dan sebu atau “bloating” adalah gejala yang biasa terjadi ketika hamil. Hal ini berlaku kerana, ketika hamil, tubuh mengandungi paras hormon estrogen yang tinggi dan menyebabkan saluran antara perut dan esofagus mengembang. Oleh itu, ibu hamil mudah mendapat masalah asid refluks yang biasanya muncul dengan gejala-gejala seperti pedih ulu hati dan sebu. Untuk mengatasi masalah ini, anda disarankan untuk makan dalam kuantiti yang kecil tetapi kerap, serta elakkan berbaring selepas makan. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

Baca lagi

saya sblm tahu pregnent perut sebu tak boleh kentut tak boleh sendawa sebulan jgk kene... perut sakit sangat2 bile bebunyi2 bak kata suami angin jahat tu.. genap 7week baru ok.. skrg pon ada lagi sebu nye tp kurang dah kene

5y ago

Oo.. Sy bru 6 mnggu.. Harap2 7 weeks dia OK la

normal, sy baru jadi waktu dah 24w sampai sekarang 27w tp Asid reflux, kadang minum air masak pun rasa mcm terbakar dalam kerongkong.. pedih jer.. harap² sekejap jelah.

Saya pon kena macam tu sekarang ni sis..nak tidur pon susah jugak..lagi2 bekerja di ofis,ya ampun,dengan nak layan mabuk lagi 😣

Sedang lalui..sangat2 xselesa..kadang ade datang sakit tu baring tak kena duduk tak kena...allahu demimu anak mama tabahkan hati...

5y ago

Tulah lagi kesian yang bekerja tu..seksa rasanya...sabar jelah...

Normal. Sy dah berbulan2 perut duk kembung je. Kalau tepuk2 perut dah mcm bunyi kompang.

Sy kena awal mengndung dah akhir nk msk 7 bln sakit tue tk tau nk hbq...bertabah la

Normal sis.. nurse bgtau time tido cuba tinggikan bantal.. sy bt cmtu menjadi..

5y ago

OK sis sy cuba mlm ni

Normal..sy pon camtu, dok opis jenuh tahan sebu perut, mual nak muntah lg..

5y ago

Sama la kita x selesa kt opis ni🤭

Boleh pakai minyak angin tak kalau sebu

5y ago

Sy truh smlm minyk tyt xpnas pun