Kurang selera makan awal kehamilan?
Normal ke awal pregnancy ni kurang selera makan? Takde loya/muntah. Tak makan nanti lapar pula. Kalau lapar rasa nak muntah. Takde selera nak makan lagi2 nasi. Tekak cuma nak makan sup2 je. Baru 6w. Hujung minggu ni nak pergi scan. Harap2 kandungan kalini selamat dilahirkan ameen #pregnancy #firstmom #firsttimemom #miscarriage
Normal je awak.. layan kan je tekak tu kalau selera awak nak makn sup2 tak per boleh je janji makan...tapi jangan sampai tak makan sebab baby perlukan nutrien untuk membesar & kite as preggy mom pun perlukan tenaga.. mcm saya dulu pun kurang selera makan.. doktor sarankan saya ambil susu untuk membantu tumbesaran bayi dalam kandungan. so saya akan paksa diri jugak minum susu untuk sarapan atau makan malam supaya kenyang sikit. Susu pun jenoh try & error yang tekak boleh terima susu anmum materna perisa coklet.. kadang2 saya bancoh sejuk2 sedap jugak..
Baca lagiNormal awak. Sebab saya pun sama macam awak awal kehamilan tak ada selera nak makan, tapi paksa jugak makan. Air liur pun banyak je. Pastu rasa nak tidur je. Tapi sekejap je dalam 3weeks lepas dari tu alhamdulillah sampai bersalin tak ada alahan apa2. Awak makan je apa yang awak boleh makan. Jangan perut kosong. InshaAllah semuanya baik2 je
Baca lagisaya rasa normal je. saya pun mcm tu. awal² tuu tak bape selera, tengok manis² tak tergoda langsung. alhamdulillah, tak ada alahan langsung. timbang turun 2kilo. masuk 13-14w, selera tuu dtg balik sis. terasa mcm i'm back!! hahahah. selera mcm sebelum pregnant. suami kata, ini lahh diri you yang sebenar, haha
Baca lagiNormal sis, saya sebulan lebih tak boleh makan nasi. Nak tgk or bau nasi pun tak boleh. Tekak mintak western ja. Now alhamdulillah, dah boleh makan. Cuma ada hari mcm takda selera jugak. On off
Normal Puan. saya punya sampai 2nd trimester macam tu. Kalau nk mkn sup je, mkn je Puan. Campur ayam, sayur² utk dapatkan zat. Buah ambil juga utk tambahan nutrien
Normal. Layan kan tekak tu dgn sup aje Lebihkan protein dan serat sayur dlm sup utk kenyang lama. Nasi makan 3 ke 5 sudu pun OK untuk sumber karbohidrat. Amin
normal wak tunggu t.2 t.3 nanti dah bertambah2 selera makan sampai nurse n doc pulak pesan suruh jaga makan 🤣🤣🤣🤣
Normal, sy pun tak boleh makan, mkn je mual, bau masak pun mual.. Jadi sy makan buah-buahan mcm jambu batu, limau, pisang
Normal tp kne paksa mkn juga demi kesihatan baby dlm perut..kalau xblh mkn nasi awk mkn je apa yg blh awk mkn.
Mcm sy sis 1tmster mmg nk mkn yg jnis sup2 je, mkn mcm biase, masuk je 2tmster allahuu smua bnde nak mkn 😅
seorang ibu ❣️