Prolonged jaudice tak hilang lagi

Ni hari ke 38 and baby saya masih tk hilang kuning nya. Anak sy dh discharge from kk sbb darah/urine semua ok, tpi ni nak masuk hari ke 40 kuning nya masih ada lagi.. brp lama ye nk hilang kuning ni? Sedih tgk anak kuning je 😔 tpi dia makin aktif alhamdulillah cuma kuning jela…

14 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sabar yea sis. Baby saya pon 40 hari ngam dia kuning. Macam2 cara saya cuba dulu. Mandikan dengan teh herba, batang rajawali, sirap, teh, dan lain2 tapi tak jadi. Last2 saya tambah susu formula. Satu hari sekali saya bagi susu formula. Lain2 susu badan je. Ada orang suruh titik kan air buah anggur atau susu kambing. Tp saya tak berani. Saya risau lain yang jadi nanti sbb bukan semua baby sama. Jadi susu formula je la penyelamat saya. Seminggu sebelum ngam 40 hari tu saya mix dengan formula. Baru kuning turun hari ke 40… sis cuba la dulu. Tp kena banyak bersabar lagi2 tengah berpantang ni. Semoga dipermudahkan ❤️

Baca lagi
1y ago

Saya pun try mix susu formula masa baby usia seminggu tapi tak turun jugak kuning. Saya stop susu formula dan teruskan susu badan sepenuhnya setiap hari dan set time 1 ke 2 jam untuk menyusu. Tp tak turun jugak. Jadi saya try sekali lagi untuk minggu last mix dengan formula. Alhamdulillah turun.. satu hari satu botol 2oz sahaja selepas subuh. Selepas tu susu badan sepenuhnya.. tak dinafikan susu badan memang terbaik untuk baby.. doktor yg check anak saya pun inform yg susu badan saya tak sesuai lagi dengan baby masa tu. Tapi doktor tu tak pernah suruh saya stop susu badan sebab susu badan memang banyak khasiat. Cuma saya cuba ikhtiar cara yang lebih selamat dari mandikan dan bagi minum yang selain dari susu. InshaAllah turun kuning.. semoga baby sis cepat turun kuning & dapat rehat sepenuhnya dirumah.. ❤️