Pengalaman missed miscarriage
Ni adalah 1st pregnancy saya selepas 6 bulan berkahwin. Saya disahkan pregnant pada awal bulan puasa. Lepas 6w, saya ada gi klinik utk buat checkup scan. Tapi hanya nampak kantung saja. Saya positive sbb masih baru dan kecil. Semalam saya dah 10w, ada tompokan coklat kecik keluar, jadi saya terus gi klinik utk check. Scan utk 10w, masih ada kantung saja. Isi babynya tiada. Doc ada bagi surat suruh refer hospital utk check bawah lebih lanjut. Pagi ni tak sempat nak gi hospital, tapi darah ketulan dah jatuh. Banyak dan besar saya terus gi hospital, utk doc check. Scan then ada lagi balance utk dicuci. Nak tak nak, saya terpaksa la cuci. Perasaan sgt takut nangis semua ada. Saya pegi hospital private, sebelum masuk labour room, saya dah dibius bagi tidur. Sedar² je dah selesai. Kini saya dah start berpantang selama 2 minggu. Rasa trauma tu ada, tapi doakan saya lepasni ada rezeki baby lain. InshaaAllah sama sama kuat.