1 Balas

Apa yg puan alami ni, kat hospital/klinik kami panggil urinary incontinence. Incontinence ni boleh terjadi sebab byk faktor dan dia ada jenis2 incontinence. Yg puan alami ni mungkin stress incontinence dimana lantai otot pelvic (pelvic floor muscle) puan yg menyokong pundi kencing (bladder), usus (bowel) dan rahim (uterine) puan dah lemah. Bila kita pregnant dan bersalin, otot pelvic kita akan merenggang utk memudahkan proses baby keluar. Jadi otot akan lemah. Lepas tu puan cakap kena pakai bag kencing (CBD) yg susah nak dimasukkan lepas bersalin jadi kat sini dah berlaku kecederaan kat saluran pundi kencing puan. Cuba berjumpa dgn pakar ginekologi (doktor sakit puan). Kes mcm ni bukan rare kalau di hospital. Kalau puan tau senaman kemut (Kegel’s exercise), cuba buat. Ini senaman utk kuatkan balik lantai otot pelvic tu selain boleh mengelakkan daripada kes macam rahim jatuh (UV prolapse). Boleh google mcm mana Kegel’s exercise tu kalau puan tak tau 😊

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan