Nak tnya pasar upt

Nak tnya..kalau upt MCM ni dh boleh pergi klinik ke .dh nampak ke belom kantung baby..or baby..sorry tanya...atau kena tunggu upt terang lagi dari ni baru g klinik

Nak tnya pasar upt
8 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

A Positive urine pregnancy test in a woman who has missed a period is diagnostic of a pregnancy. There is no indication for a routine early pregnancy scan ‘to confirm a pregnancy.’ Sebagai seorang guru perubatan, saya selalu membetulkan kesalahfahaman ini di kalangan pelajar perubatan dan ibu-ibu hamil. Jika seorang wanita membuat ujian pregnancy test air kencing kerana HAID TIDAK DATANG, dan keputusannya POSITIF, maka inilah pengesahan atau diagnosis kehamilan. Ujian pregnancy test ke atas air kencing yang anda beli dari farmasi itu tepat dalam 99.9% wanita. Anda tidak perlu ultrasound scan untuk membuat diagnosis kehamilan atau pengesahan kehamilan. UPT boleh menjadi positif seawal 7 hari selepas persenyawaan, iaitu sebelum pun haid anda dijangka datang, anda boleh mendapat UPT yang positif. Pada masa awal kehamilan, sejurus ujian UPT menjadi positif, ultrasound tidak boleh nampak atau mengesan kehamilan ini. Kalau belum nampak dalam Ultrasound, ini tidak bermakna anda tidak hamil. Walaupun tak nampak dalam ultrasound, jika UPT anda positif, maka anda masih disahkan HAMIL. Sebab Ultrasound tidak digunakan untuk diagnosis atau pengesahan kehamilan. Masa yang terbaik untuk membuat Ultrasound scan yang PERTAMA ialah di antara 11 minggu dan 14 minggu kehamilan. Inilah masa terbaik untuk mengesahkan tarikh EDD yang paling tepat, selain daripada memastikan tempurung kepala janin sudah terbentuk (iaitu tiada anencephaly), jika kembar untuk memastikan berapa kantung dan berapa uri, dan melihat jika ada kecacatan yang serious yang tak boleh di lihat dalam scan yang terlalu awal. Jadi, ibu-ibu hamil tidak perlu diberikan temujanji untuk ultrasound sebelum 11 minggu kehamilan (iaitu 11 minggu dari hari pertama haid yang terakhir). Pengecualiannya untuk ultrasound scan di awal kehamilan hanyalah EMPAT: Pertama ialah wanita yang mendapat pendarahan, walaupun hanya sedikit, atau kesakitan di bahagian abdomen. Ultrasound wajib dijalankan untuk memastikan kehamilan itu bukan kehamilan di luar rahim, dan untuk mengesahkan keguguran. Kedua ialah wanita yang berisiko tinggi mendapat kehamilan di luar rahim, walaupun tiada pendarahan atau kesakitan. Contohnya wanita yang pernah mendapat kehamilan di luar rahim, wanita yang pernah disahkan tubenya tersumbat atau pernah mengikat tube (iaitu bilateral tubal ligation), atau wanita yang ada IUCD di dalam rahim tetapi hamil juga. Ultrasound scan ini pun tak dibuat terlalu awal, kita buat bila 6 minggu kehamilan, bukannya bila UPT positif sebab dua hari tak datang haid kemudian terus buat scan. Ketiga ialah wanita yang mendapat muntah-muntah teruk, dan kita buat ultrasound scan untuk memastikan tiada masalah seperti molar pregnancy. Keempat ialah ultrasound boleh dijalankan lebih awal bagi wanita yang tidak pasti bila tarikh haid yang terakhir dan ada kemungkinan kehamilan itu sudah lebih lanjut dari yang dijangka. ———————————————————————- Tetapi masalahnya, ramai wanita lain yang tiada empat masalah di atas sangka mereka perlu mendapat pengesahan kehamilan melalui ultrasound dan tidak faham mengapa bidan dan doktor di Klinik Kesihatan atau Hospital kerajaan tidak memberi perkhidmatan scan yang awal. Satu kesalahfahaman. Anda tak perlu Ultrasound scan sebelum 11 minggu jika tiada masalah kehamilan, dan tiada sebab. Wanita-wanita ini yang tidak tahu kenapa akan pergi juga meminta scan dari klinik swasta. Kalau anda pergi ke klinik swasta dan meminta scan, anda akan mendapat permintaan anda walaupun anda tidak perlukannya sebab anda akan dikenakan bayaran untuk perkhidmatan itu. Sekarang ramai wanita tanya saya, “Saya pi buat scan tapi tak nampak kantung, risau pulak, risau, risau, takut, risau!!!!!!!!!!!!.” Ini lah sebabnya kami tak akan jemput anda buat scan pada awal kehamilan tanpa sebab yang munasabah. Buat scan awal-awal tanpa sebab, jadi macam ni laaaa. Risau Risau Risau. Hangpa pi buat scan awai-awai sapa suruh? Kami tidak mahu membimbangkan ibu-ibu kami pada awal kehamilan. Ada 3 sebab kenapa anda tidak nampak kantung janin walaupun UPT positif: 1) Kehamilan yang terlalu awal untuk dikesan. 2) Kehamilan yang tidak menjadi, atau keguguran semulajadi yang awal, maka anda akan mendapat haid tidak lama lagi kerana kehamilan ini tidak akan diteruskan. 3) Kehamilan di luar rahim. Jika anda buat ultrasound scan sebab kesakitan atau pendarahan, maka kita akan berasa sangsi bahawa ini mungkin keguguran atau kehamilan di luar rahim. Jika tiada kelihatan kantung dalam rahim, kami akan membuat ujian darah BhCG untuk mengkaji bacaan hormon kehamilan ini, dan kemudian diulang semula selepas 48 jam. Jika bacaan hormon BhCG jatuh selepas 48 jam, dan kemudian terus jatuh selepas lagi 48 jam sehingga UPT menjadi negatif, maka kita tahu ini ialah keguguran. Jika hormon BhCG bertambah dua kali ganda selepas 48 jam, maka ada kemungkinan ini ialah kehamilan awal di dalam rahim dan kehamilan ini masih berterusan walaupun ada kesakitan dan pendarahan. Kami akan pantau sehingga nampak kantung dalam rahim pada minggu yang berikutnya. Jika kami mengeshaki kehamilan di luar rahim kami akan menasihatkan rawatan supaya kehamilan ini tidak diteruskan, sebab ini membahayakan nyawa ibu. Tetapi, jika anda pi buat ultrasound scan TANPA APA-APA SEBAB pada awal kehamilan dan tak nampak kantung dalam rahim, saya akan kata, anda boleh balik rumah selagi anda tiada masalah, tak payah buat apa-apa, kita hanya perlu ulang scan lagi seminggu atau dua minggu sehingga nampak kantung. Dalam masa seminggu dua ini lah anda akan tepuk dahi anda sendiri, kenapa lah anda pi buat scan awal-awal sangat tanpa sebab sampai merisaukan diri anda sendiri saja, tak boleh tidur tak boleh makan sebab RISAU DUA MINGGU. Tiada manfaat membuat scan terlalu awal. Lepas tu kena scan semula sebab ibu sudah risau. Lepas tu, jangan lupa ya, datang balik untuk ultrasound scan diantara 11-14 minggu. Jangan tak datang pulak dah 🤦🏻‍♀️ Prof Dr Imelda Balchin Pakar Perunding Obstetrik & Gynekologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya

Baca lagi

Kira dari tarikh last period kalau awak period regular. Pengalaman sy sendiri upt strip, cassete dah 2 line agak terang, sy beli clearblue digital. Dapat result 3 . Kat situ sy kira mungkin 4/5minggu. So sy rest je dulu. Dalam 2 minggu lebih mcm tuh sy g scan. So masa scan 7w2d. Tapi sy terus buat tvs scan. Kdang 7w tak nmpak baby. Ada yg nmpak kantung je. Sy nak puas hati, terus buat tvs sbb nak confirmkan. Alhamdulillah nampak kantung, ada baby n heartbeat baby. Cuma sy ada cyst. So call kk, inform. Masa 9w buka buku pink Ada orang taknak scan 6w kebawah sbb takut sedih tak nmpak baby. Tapi normal je. Sometime 7w pun ada yg tak nmpak apape lagi. Ada juga mummy yg kiraan dari tarikh period patutnya dah 7w tapi kandungan tak sama n risau. Mungkin persenyawaan lambat. Tapi pada saya, kalau ada saving money, scan awal kandungan tuh terus minta tvs. Kita boleh tau kalau kandungan luar rahim sbb skrg mcm mcm kes terjadi. Tvs jelas jika ada kantung wlaupun size kecil. Just utk confirmkan pregnancy shj Semoga sis n baby sihat, jaga makan, jaga kesihatan jngan buat kerja lasak n berat

Baca lagi

Upt ni slh 1 test kita nak comfirmkan mengandung. Sis blh start kira dari tarikh hari pertama kali terakhir period.. ada aplikasi apa semua kalau xreti kira yg ni nt keluar la sis mengandung dh brp minggu.. tp yg ni utk org jenis regular period, kalau irregular kena bergantung dgn scan jgk. Dinasihati utk scan baby adalah antara 8-12w sbb kalau terlalu awal, dikhuatiri ibu² akan risau kalau tiba2 xdak heartbeat lg la.. hanya nmpk kantung je la.. awal² ni jaga diri dan perhatikan tanda² pendarahan jgk.. kalau xda sakit ke apa InShaaAllah xdapa sbb risau kandungan luar rahim.. jgn lupa teruskan mkn folic acid. Blh jg ke klinik nak comfirmkan pregnant tp kebiasannya kena call kk terdekat yg kita nak buka buku pink tu dulu sbb ada sstgh kk dia nak kita bw result upt sndri, ada yg akan repeat di kk.. ada yg blh walk in dan ada yg kena buat temujanji beserta dokumen2 yg diperlukan. Apa pun sis blh call kk terdekat utk kepastian lebih lanjut ya..

Baca lagi

sy dlu 7weeks baru pergi scan sbb nk tgk kandungan luar rahim atau dalam rahim. tak salah nk scan awal untuk memastikan kndgungan luar atau dlm rahim. but i suggest pergi 7weeks ke atas. klau baru lg tkot x nmpk. nmpk dinding rahim tebal je. sy 7weeks da nmpk kntung and heartbeat baby.

Saya kandungan 6 weeks dah pergi klinik swasta nak chek keadaan kantung dgn janin.nak tngok kantung tu okey atau tidak Pastu tunggu 2 bulan baru pergi chek kandungan semula untuk lihat jantung baby dah ada jantung baru boleh buat buku pink 😊

TapFluencer

kena kira dari 1st day last period. contoh last period tu 20/9-28/9. so kira dari 20/9. cukup 8-9w dah boleh cek klinik & scan. sbb kadang awal sgt tak nampak lg & doktor suruh repeat scan nanti.

kalau nak check kat klinik, better tggu usia dah 8w dari hari first day last period. means sebulan lewat period, time tu dah nampak kantung & jantung Insha'Allah 🤗

kira dulu last day period terakhir bila . kantung baby biasa nmpk dlm 6 mggu ke atas . tk perlu upt terang , cukop satu lagi line dh muncul .