Ibu mengandung boleh ke tidak minum air teh bunga

Hello nak tnya. Ibu mngandung dpt ke x mnum air teh bunga dalam tin tu

15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Actually jawapan paling tepat utk ibu mengandung boleh atau tak makan itu ini ialah... Semua pun boleh makan and minum TETAPI berpada-pada. Jangan terlalu banyak. Air dalam tin ke kotak, banyak gula. So nak makan/minum apa2 pun boleh je asalkan tak melampau. Itu apa yg diberitahu oleh doktor pakar masa sy checkup sblm ni.

Baca lagi

xpernah terfikir pon boleh minum ke x. sbb teh bunga je pon 😂 jenoh kalau setiap apa yg nak masuk mulut kene fikir boleh ke x 😅 cuma elak yg biasa org tua pesan je, kalau ikot doktor xde apa pon yg perlu elak makan minum selagi x allergic (selain makanan kurang masak) 🤔

saya minta maaf mncelah yaa.Tpi apa yg saya nmpk dri apps nie the asian parent kongsikan.Saya pun first trimister prnah minum teh bunga.Tpi stelah nmpk prkongsian dri the asian parent saya tak mnum teh bunga lgi.Mngkin ikut badan masing² jgk kan

Post reply image
2y ago

boleh sis tapi kalau boleh jgn kerap sngat minum teh.Sbab teh nie pun salah satu minuman yg ada kafein tpi tak tinggi sngat berbnding coffea.Minuman caffein nie salah satu sebab hb boleh jadi low

kalau dlm app ni ada tunjuk mknan dn minuman yg perlu dielakkn.. mayb ramai yg x follow.. so ikut tuan pya bdn lah.. mcm sy mmg suka minum air teh bunga tu lgi2 sejuk pya. but since sy follow app ni sy x minum dah, sy minum jus kundur sejuk2..

entahlah, saya minum je.. 😅 cuma kalau tak yakin, dan nak juga minum, seeloknya apa2 pun try sikit je dulu, tggu 2 3 jam tgk ok ke tak.. sbb ada juga benda yg orang lain makan/minum ok, tp bila kita ambil ada kesan pada kita..

2y ago

btul ni. sy pon buat mcm ni . awl2 nk mkn sesuatu tu. sy akn makan 4 or 5 gigit then stop .. tungu 2 or 3 jam klau xd ap yg berlaku bru la sy smbung mkn balik .. sbb penerimaan badan kita x sma dgn org lain ...

Saya minum tapi tak selalu sebabnya boleh datangkan byk angin dlm badan . sapa tak tahan jgn minum. Tapi kalau teringin sgt minum lah sikit 😁

sy hantu kopi tp lepas pregnant ta blh, sy ta suka minum teh tp tu la pregnant ni mmg teh teh 😂

sye hari2 mnum tu. kena pulak sejuk2 keluar dari peti ais tu. xde mslh pon nak mnum.

Ya Allah saya hari hari minum and tak pernah terfikir pun takboleh minum HAHAHAAHAH

Saya kalau mengandung mmg tak ambil smua minuman teh dan kopi 😅