2 Balas

Saya jawab satu satu ya😊 1) Takpe. Tapi digalakkan juga untuk buat pap smear. 2) Maksud awak rahim kembang tu prolapse ke? Kalau prolapse (rahim jatuh) tiada kaitan dengan amalan pantang atau tuam. Secara saintifiknya, selepas bersalin rahim akan mengambil masa dalam 6 minggu untuk mengecut dan kembali ke saiz asal. Ini proses semulajadi. Faktor rahim kembang atau prolapse ni pula disebabkan lantai pelvis kita jadi lemah disebabkan mengandung. Ada lagi faktor yang lain. Cara untuk rawat prolapse ni ialah dengan senaman kegel. Tapi kalau awak rasa sakit yang berterusan, sila dapatkan rawatan segera dengan doktor O&G.

TapFluencer

1. Paps smear tak urgent. Tapi bagus buat. Boleh je set appoinment bila lapang pada hari ke ,10 hingga 15 drpd hari pertama haid. 2. Dah setahun, rahim dah kecut. Saya pun tak tuam sangat. Boleh kira berapa kali tuam sendiri. Salah satu nak cepatkan pengecutan rahim, susukan anak. Pengalaman saya, kurang 10 hari bersalin nurse yg pantau post natal , cek saya, kata rahim dah kecut. Tukang urut yg mahir urut saya slps 3 minggu bersalin pun kata rahim dah kecut. Doktor yg cek slps sebulan pun sahkan rahim kecut sepenuhnya. Pemakanan baik dan senaman tu kena amalkan seumur hidup. Bukan selepas beesalin shj. 🌻

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan