37 weeks 2 days

Hi nak tanya pengalaman ibu2 di sini. Kandungan saya 37 weeks 2 days. Dah 3 hari saya kerap buang air besar, sehari 3-4 kali dan perut kerap mengeras. Tapi tak berapa consistent. Saya track pakai apps 3 hari ni, kejap 15-20min sekali, kejap 10min sekali. Tapi saya takde sakit yg kuat. Cuma perut memulas dan mengeras masa nak membuang. Tanda lain pula hanya keluar lendir putih macam putih telur selama 3 harini, tapi tanpa darah. Sekarang saya tak pasti bila perlu saya ke hospital sebab hospital agak jauh dari rumah. Saya risau kalau datang tapi tiada bukaan, kena patah balik semula 😅 Suami kerja jauh. Terima kasih pada yg sudi respon post saya 😊

3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Mengeras tapi tak sakit tu tanda2 tapi belum perlu ke hosp. Braxton hicks namanya. Pergi ke hosp hanya bila 1. air ketuban pecah,2. keluar darah bercampur lendir atau darah sahaja,3. Kontraksi (perut mengeras dan sakit bahagian pinggang dan perut) lebih kerap dan semakin kuat sakit.

sy masa kandungan 35 weeks pun rasa mcm tu..mengeras tp tak sakit..tp sebab risaukan baby sy pegi je hospital...alhamdulillah baby ok je..

tunggu masa je tu.. relax jgn stress2..