anak luar nikah
Nak tanya pada mommy semua, sapa yg boleh share kisah dia terlanjur dan akhirnya laki tu brtggjwab atas baby dlm kandungan? Saya perlukan tips dan semangat.

1) check klinik swasta berapa weeks kandungan tu.. kalau bawah tiga bulan tolong cepat2 bincang dengan orang yang mengandungkan awk macam mana nak settle.. i mean tanya dia sama ada dia boleh bertanggungjawab atau tidak 2) Kalau dia nak bertanggungjawab tolong aturkan borang kawin dan khusus kawin secept mungkin sebelum kandungan mencecah 3 bulan.. proses ni untuk menyelamatkan maruah keluarga 2 pihak agar tidak menimbulkan kecurigaan masyarakat.. maklumlah mulut org melayu ni kureng sikit.. Buat online je skrg zaman it.. no worries.. search google dokumen apa perlu disediakan sebelum pegi pejabat agama.. sbb nanti kalau ad dokumen xcukup org pej agama suruh balik amik dokumen.. so siapkan semua betul2 supaya xperlu lagi ulang alik.. Yang paling penting berithu ibu bapa.. walaumacam mana pun kene juga beritahu perkara sebenar.. dan jangan diam saja.. cakap terus nak selesaikan masalah.. kalau awk berusaha untuk cuba melindungi maruah mereka, for sure mereka xkn marah sgt.. mungkin akan kecil hati tapi xlama.. Jangan takut.. jadi kuat.. settle apa yang patut.. Majlis nikah dah memadai.. 3) Kalau lelaki tu tidak mahu bertanggungjawab. Beritahu ibu atau bapa. ikutlah mana keselesaan awk.. tapi klau awk ddk berasingan dari org yang mengenali awak atau sesiapa yang mengenali keluarga awk itu lebih selamat.. terus je pegi klinik berdekatan buat buku pink.. cakap je ngan nurse awk single mom.. Mereka xkn gossip pasal awk sebab dah banyak single mom buat buku.. so no worries.. Pasal pendaftaran ank xperlu risau lah.. boleh je daftar tapi nama bapak xde lah.. TAPI!! kalau awk bawah 18 tahun mungkin awk akan menghadapi sedikit masalah untuk daftar ank dijpn.. mungkin kene naik turun mahkamah.. tapi jgn risau. xde org akan ketepikan awk.. nanti mesti ad org tlg bagi jalan.. yang penting awk kene kuat dan jangan terlampau sedih.. Dalam fikiran awk ,, awk mesti kuat demi baby awk.. 4) Banyakkan solat, zikir dan positifkan diri. bercerita dengan orang yang bole jaga rahsia awk atau lebih selamat selalu bercerita dengan allah.. Bila single mom memang akan strees tapi jangan biarkan diri awk strees.. awak kene kuat.. Buat masa ni solat sangat2 penting untuk awak supaya hati awk tenang.. makan makanan berkhasiat.. doa selalu.. Tips.. Sebelum jumpa pasangan awk tu doa dan minta pada tuhan agar dilembutkan hati pasangan awk.. Cakap dengan tenang.. bincang baik2.. kalau dia berkeras tinggalkan saja.. jangan buang masa merayu pada orang macam tu.. kelak dia yang terima balasan.. suatu hari dia akan cari ank dia juga.. Masatu kita ajar dia cukup2.. stay happy stay healthy dont pressure yourself untuk lelaki yang buat semua perempuan jadi tempat pelepasan nafsu.. One day, Dia lagi teruk dari situasi awk.
Baca lagi


