Merancang....

Hi, nak tanya korang merancang macam mana ya? Saya masih dilema nak merancang mcm mana. Sebab setiap perancang, ada side effect masing masing. Dulu baru kawin, pernah makan pil postinor and yasmin. Alih alih bila dah ready nak anak, period jadi tak teratur. 2 bulan tak datang period. 4 bulan juga ttc, lepas makan pil postinor and yasmin. Nak cucuk depo pun takut jadi sama.. takut nnti dah ready for 2nd baby, ttc macam nak dapatkan anak first. Senang kata, pil perancang mmg akan kacau hormon kita kan. For now saya merancang guna postinor je. Harap tak lekat.. baby baru nak masuk 5 bulan.

5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

awak baca penerangan dari doctor imelda balchin pakar o&g ni Adoi laaa. Awat laaa tanya soalan macam ni...🤦🏻‍♀️. Mai nak habaq. Pil perancang tu PLAN A. Pil Postinor tu PLAN B. Maknanya, kalau PLAN A tak jadi, baru laa kita buat PLAN B. Kalau dah ada PLAN A, buat apa nak buat PLAN B? Tujuan mengambil pil perancang ialah untuk mencegah kehamilan. Ia berkesan bila anda menggunakan pil ini mengikut peraturan yang diberikan. Bila anda berhenti menggunakan pil perancang, kesuburan anda akan kembali seperti sediakala mengikut usia anda. Maknanya, jika anda mula ambil pil perancang bila usia 30 tahun, dan kemudian anda berhenti ambil pil perancang bila usia 40 tahun, kesuburan anda memanglah tidak akan kembali seperti kesuburan anda semasa anda berusia 30 tahun. Jangan tuduh pil menyebabkan anda menjadi kurang subur kerana hakikatnya ialah anda menjadi kurang subur bila usia meningkat. Dan jika anda berhenti ambil pil perancang selepas menopos, jangan laaa harap kesuburan anda akan kembali seperti sebelum menopos. Semasa anda menggunakan pil perancang keluarga dengan betul mengikut peraturan yang diberikan kepada anda, ANDA MEMANG TIDAK SUBUR, selagi anda menggunakan pil perancang itu. Memang pun tujuan anda ambil pil itu untuk mencegah kehamilan kan....maka anda tidak perlu laaaa fikir lagi apakah tarikh kesuburan anda dan tak payah laaa bimbang lagi tang mana nak pancut air mani tu, yang tu ikut suka hangpa laa tang mana hangpa nak pancut! Jika anda sudah menggunakan pil perancang keluarga mengikut cara yang betul, maka anda tak perlulah guna pil postinor. Postinor itu levonorgestrel emergency contraception. Postinor itu bukan kaedah merancang keluarga untuk kegunaan setiap hari. Ia digunakan sebagai emergency sahaja, iaitu selepas membuat hubungan kelamin, untuk mereka yang tidak menggunakan apa-apa kaedah merancang keluarga yang berkesan. Sebagai contoh; 1) Jika condom yang digunakan itu didapati berlubang atau terkoyak, atau 2) Jika alat merancang dalam rahim (Intrauterine contraceptive device, IUCD) terjatuh keluar, atau 3) Jika terlambat ambil suntikan depo provera, atau 4) Jika terlambat tukar implan selepas 3 tahun, atau 5) Jika terlupa ambil pil perancang combined oestrogen dan progestogen melebihi 2 hari, atau 6) Jika terlupa ambil pil perancang progestogen melebihi 1 hari. Postinor itu tidak memberi keberkesanan yang tinggi seperti pil perancang keluarga. Sebagai contoh, jika anda menggunakan pil perancang keluarga, keberkesanannya dalam mencegah kehamilan ialah 91%. Jika anda membuat hubungan kelamin dan tidak menggunakan apa-apa kaedah merancang keluarga dan kemudian anda ambil pil Postinor di dalam masa 72 jam (atau 3 hari) melakukan hubungan kelamin, keberkesannya dalam mencegah kehamilan secara keseluruhannya ialah hanya 85%. Semakin lambat, semakin kurang berkesan, walaupun dalam jangkamasa 3 hari itu. Ia juga hanya berkesan melewatkan ovulasi selama 5 hari jika ovulasi belum berlaku. Jika ovulasi sudah berlaku bila anda ambil Pil Postinor, ia tidak berkesan. Anda akan dapat sedikit pendarahan beberapa hari selepas menggunakan pil Postinor. Inilah dinamakan withdrawal bleeding. Inilah lagi satu sebabnya doktor tak galakkan anda menggunakan pil Postinor sebagai kaedah merancang keluarga berkali-kali dalam sebulan, melainkan untuk kecemasan seperti contoh yang saya berikan diatas, sebab ia kurang berkesan semakin banyak kali anda membuat hubungan kelamin dan anda boleh dapat pendarahan berkali-kali dalam sebulan jika anda menggunakannya berkali-kali dalam sebulan dan akan keliru yang mana satu kah haid anda yang sebenarnya. Jika sudah melebihi 4 hari selepas hubugan kelamin, anda sudah terlambat untuk Pil Postinor dan pil PLAN B yang lebih baik ialah Pil Ulipristal. Jika anda seorang yang obese, Pil Postinor juga kurang berkesan dan pil PLAN B yang lebih baik ialah juga Pil Ulipristal. Jika anda sudah melebihi 5 hari, hanya IUCD berkesan untuk PLAN B. Malah, IUCD lah PLAN B yang paling berkesan. #ApaApaPunJumpaDoktorNaaaaa. Toksah laaa tanya masalah peribadi perseorangan anda di sini. Pi jumpa doktor di klinik untuk penilaian kesihatan sebelum mengenalpasti kaedah manakah yang terbaik untuk anda. Toksah tanya saya pil ni baguih untuk anda di media sosial sebab saya tak boleh buat penilaian kesihatan anda di media sosial dan tak suka buat kerja cincai cincai. Terimakasih.

Baca lagi
Post reply image

Uish berani nya guna emergency pill as your perancang? Siapa yang advise tu? Saya guna kondom je. Bfr pregnant and after bersalin. Itu je cara paling mudah and tak ganggu hormon

kalau tak silap pastinor tu emergency pill kan ..kalau mkn lbh mmg 3 tahun baru dapat baby😅

2y ago

betul ckp puan ni. postinor ni emergency pill. tak boleh makan selalu. bahaya

So far guna pil noriday he sbb bf dan dos rendah. Tak kacau period

2y ago

saya mkn pil orocon period sampai 15 hri ..lpastu rcng sdri je smga x lekt

Saya dan suami rancang sendiri.