Bayi 6bulan tak suka pure buah?

Nak tanya kenapa ye baby saya tak suka makan pure buah? Kalau bubur okay. Sekarang dia 6bulan5hari. Saya ada buat frozen pure buah& frozen bubur ayam pumpkin carrot. Kalau bubur ada lauk tu ok. Bila nak buat snack perang dia makan buah, dia tanak. 5 hari dah kalau buah je dia rasa terus tutup mulut🤣 paksa makan buakn main dia toleh2 merata. Setakat dah try bagi yang buah mangga,pisang,epal. Semua tu dia tak suka aduiii. Macam mana ye nak buat dia boleh suka buah ye? Bazir la rasa kalau buang semua frozen pure buah tu🤦🏿‍♀️ tengok video org lain semua baby suka buah, mak dia ni oun excited la buat pelbagai jenis pure buah last2 aduii #firstmom #help

10 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

minggu pertama sis bagi baby makan 1x sahaja dulu minggu ke dua baru naik kan 2x dan seterus nya. setiap makanan baru bagi 4 hari berturut turut untuk baby kenal makanan tu. perut baby baru nak terima makanan mmg akan jadi macam tu. bagi masa untuk baby jangan paksa bagi ikut apa yg baby mampu sahaja. macam ank saya lagi 3 hari nak masuk 7 bulan bubur nasik berlauk die xnak yg blend halus mesti macam nak muntah kalau masak nasik sampai lembut dan lenyek kan pakai sudu baru die nak makan. puree buah anak saya suka pisang sbb manis epel die x suke pure die suka air je. jadi takpa sis slow2 ikut anak suka ape hari2 tray.

Baca lagi
Post reply image

Cuba awak bagi freshly made puree. Mungkin anak awak tak suka frozen taste. Kena try and error. Saya pun intro anak 2x makan sehari. 1x main meal 1x snack (buah atau sayur). Anak saya tak suka frozen taste. Mungkin anak awak pun begitu. Cuba dulu 😊

Puree buah boleh campur dlm bubur nasi tu. Mgkin rasa tu tak kena dengan selera baby. Ikutkan mula2 bg bubur kosong. Lepas tu baru ajar ada protein, sayur, lemak etc. any puree boleh campur dgn nasi. Blend.

Cuba bg buah yg rasa tak kuat sgt sis contoh mcm buah naga. Bg fresh lenyek2 je or buah yg rasa kuat bg mkn dgn steam tofu. Baby taknak sbb rasa mangga, pisang, epal kuat sgt kot. Deria rasa dia terkejut

Biasa sy baby nak masuk 11m baru makan mcam2 dgn kuantiti banyak kalau dari 6m dia bnyak susu dari mkn kadang tu bubur pun taknk nak roti saja..tapi skrg da ok sbb dia da pandai kunyah kot😂

anak saya pon sama sis..die xmkn buah jugak..last2 sy buat puri tu campur ngan nasi die makan🤣tp tak tau la bole ke tak buat mcm tu..tapi saya buat je🤭

Anak saya tak suka puree buah. Sebab dia nak makan sendiri.

cuba beri buah yg lain, tapi yg fresh, bukan frozen.

Try letak dlm feeder food , bg dia gigit2, nak tak?

campur aje puri buah dlm bubur 😆