BABY KUNING

Hi nak tanya baby saya prolonged jaundice.Kuning dia turun naik turun naik. Tapi family mertua asyik suruh bagi air mineral untuk turunkan kuning baby. Husband asyik cakap anak2 abang kakak dia kalau kuning bagi air mineral terus elok. Saya penat nak bertekak sebab tak ada tips dari family saya and mana2 kenalan pun cakap bagi air mineral. Dan saya tahu baby mana boleh bagi makanan lain selain susu ibu. Haritu SIL cakap suruh minum susu kambing and saya minum sebab husband asyik bising kuning baby tak turun tapi end up baby tak boleh tidur and badan merah2 and pipi naik bintik merah sebab susu kambing tu buat baby panas and banyak sangat berak sampai punggung dia merah2. Mak saya bising and suruh saya stop minum susu kambing tu baru baby okay balik hilang merah2. Tapi air mineral ni betul ke boleh bagi baby kuning🥹

12 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Dah ambil sample darah atau air kencing untuk check punca prolonged? Thank God you have the knowledge. Congratulations! Baby bawah 6 bulan strictly susu ibu or susu formula (jika ada masalah penyusuan ibu). So yeah at all cost, it's a big NO! In fact air mineral boleh mula diperkenalkan pada umur 1 tahun dan ke atas. Ramai sebenarnya yang masih tak tahu apa itu jaundice dari sudut medical. Itu yang ramai masih lagi ikut petua/tips/info yang tiada bukti saintifik malah membahayakan baby. Sekarang info di hujung jari. Banyak artikel kesihatan di luar ada share. Nak lagi senang zaman sekarang anytime 24/7 kita boleh rujuk doktor. Tak macam zaman dulu. Support sistem kesihatan sangat terhad. Tu yang muncul petua itu petua ini. Suruh suami awak tu rajinkan membaca bahan ilmiah. Setiap kali checkup anak, bawak suami sekali. Suruh suami yang jumpa doktor, awak tunggu luar. Tahu nak bising je. Sorry saya ter emo. Rasa geram pulak dengan suami awak. Dah jadi bapa should be tingkatkan ilmu parenting. Ni macam nak letak kesalahan jaga anak tu tanggungjawab pulak. Sorry ya sebab ter emo. For you mommy, just keep on jaga jadual susu every 1-2 jam. Nanti kuning baby akan turun. Semoga mommy dan baby cepat sembuh 🌹

Baca lagi
2mo ago

harini 2nd test darah lagi sebab cek hati semua normal. tq untuk kata2 semangat🙏in fact saya bertahan sebab family saya memang strictly dengar arahan doktor and jaga pemakanan saya je

Faham sis. Kuning ni normal sebenarnya cuma berjaga jaga supaya tak naik tinggi. Baby saya baru 17 hari dan msh kuning. Ramai bagi tips dan petua tapi saya tak follow pun sbb saya rasa tak logik. Apa yg saya percaya dan pegang adalah kerap susu kan bayi. Klu susu badan kurang cuba topup dgn susu formula. Saya bagi baby saya dlm syringe sbb tak nak baby nipple confusing. Alhamdulillah setiap kali check kuning makin turun. Cuma ya ada baby yg tak boleh minum susu ibu dan kuning makin tggi. Tapi bukan 100%. Puan boleh bagi susu formula dulu. Saya pernah attend webinar Pn Nad Masrom (Kaunseling Laktasi) dia kata beza beri susu formula di bancuh dgn bagi terus air kosong. Air kosong/mineral bahaya ya utk bayi. Semoga dipermudahkan urusan puan ya. Semoga diberi kesabaran juga

Baca lagi

sis beli je ubat titik dlm shopee utk kuning baby in Shaa Allah byk sgt feedback positive kat situ. anak sy alhamdulillah harini dh npk kesan positif. kuning dia dh start turun dgn byk. sy bg dia susu formula (Dutch baby) campur bf dan mandikan dgn air herba yg sy beli dekat farmasi. semalam dia berak² dan kencing pun penuh. pemakanan kita pun kena jaga. selama anak bf, sy mkn ikan bakar dgn sayur sawi je. lada hitam jgn mkn sbb panas.

Baca lagi
2mo ago

ha ye ubat homeopati..

ni nurse saya ajar,prolong jaundice bnyak berlaku lagi² klau mak darah O.kena kerap bgi susu badan mak kna bnyak mkn kurma,tpi klau dh usaha bf mkin naik jgk kuning satu cara lgi mmg kna stop kn dlu bf sbb tkut punca dri susu mak.bgi susu formula dulu ,yg pnting susu takpe jgn air lain .tgok mcm mana dan mntak pendapat Dr. juga inshaaAllah semua nya akan okay 😊. apa pun makan kurma sis

Baca lagi
2mo ago

oh okay2 tq sis.nanti saya usaha makan kurma pulak.sekarang memang saya stop makan halia lada semua yg panas2 je.

air mineral tak bantu pun. ank sy prolonged jaundice xpernah sekali pun bg air mineral. susu kambing pun sy tak ambil. sy hanya kerapkan penyusuan direct dgn ank...strictly 2hr sekali. pntau berak kencing dia. utk penyusuan, ibu pun kena jaga makan minum juga...rempah2 elak dulu. dan jgn berlapar sbb bdn nk produce susu. bby dh buat ujian darah dan urine? result mcm mana?

Baca lagi
2mo ago

ujian darah untuk cek hati normal.harini buat ujian 2nd untuk cek lain pulak.rempah2,lada halia yg panas2 memang saya stop makan semenjak dia ada kuning. minum susu memang dah kerap sebab dia banyak berjaga sekarang tapi kuning dia turun sikit je.

baby mana boleh minum selain susu , lagi lagi air mineral aduhhhh. Kandungan dalam air mineral tu, cuba awak ikhtiar dengan Nahla Balm.. cari dekat tt shop. Selain tu ikhtiar dengan mandian , mandikan dengan air daun kucai. Kita ikhtiar je mana yang boleh sis , tapi jangan lah sampai bagi baby makan/minum pelik pelik

Baca lagi

Takboleh sis baby kita hanya susu shj. Jgn ambil risiko lah sis nk bg mcm2 dkt ank masih kecik. Jgn hiraukan apa suggested dari IN LAW . Sbb yg menjaga anak tu kita. Bkn nk kurang adab tp tak sama baby kita dgn anak2 diorg. Sis boleh ikhtiar letak alovera ori dkt dahi / mandikan dgn air cap badak.

2mo ago

tq bagi tip aloe vera tu.saya kalau setakat letak kat luar badan macam mandian ke sapu2 saya okay lagi.Cuma bab masuk dalam perut baby tu saya memang tolak.

jangan ikut benda mengarut yang sis sendiri rasa boleh bahayakan baby. macam saya haritu anak kuning, saya stop dulu bagi susu badan. saya bagi baby minum susu dutch baby. kuning dari 2++ tinggal 44 jee. dah turun saya bagi susu badan semula.

Takboleh awak. Keperluan baby hanya susu sahaja. Fokuskan penyusuan. Nak ikhtiar cara lain boleh, tapi elakkan lah bagi baby minum/makan selain susu. Tak kisah lah secalit secoet. 🥺 Mandi-mandian apa semua takpe lagi.

2mo ago

okay noted tq sis🙏

mana boleh bagi air selain susu..cuba sis try mandian baby kuning dekat kedai ubat cina,kerapkan menyusu atau campur susu..saya pun 2 minggu turun naik sampai nak ambik darah baby