3 Balas

This might be a long post. But probably worth to read 📖🙆🏻‍♀️ FOOD 101: CHEESE Hi semua! Berbekalkan sedikit pendidikan formal dalam bidang sains & bisness dan minat terhadap makanan saya berniat nak kongsi tentang bagaimana kita sebagai pengguna boleh membuat pilihan yang lebih bijak ketika membeli belah. Jika informasi yang saya kongsikan ini tidak tepat, silakan kepada yang pakar untuk memperbetulkan 😊 Maybe lepas ni boleh share pasal makanan lain pulak ke dari members yg lain. Untuk contoh hari ini,saya nak kongsi cara mengenal dan memilih cheese. Kebiasaannya,kebimbangan atas cheese ialah kandungan garam/sodium yang tinggi, jenis cheese samaada yang asli ataupun yang highly processed dan lain2 Pertama sekali,kita perlu cari informasi berkenaan had pengambilan garam seharian. Dari informasi yang saya jumpa, NHS UK menggariskan Max. Daily Recommended Amount of Salt (garam) untuk kanak2 1-3 tahun: 2g garam / (0.8g sodium) 800mg 4-6 tahun: 3g garam / (1.2g sodium) 1200mg Jadi perlu untuk kita ingat amount ini untuk dijadikan guideline. Perlu juga diingat makanan proses lain seperti roti dan lain2 juga mengandungi garam. Kedua, kita perlu paham tentang makanan tersebut: Cheese Secara asas terdapat beberapa perkara penting yang perlu kita ambil tahu tentang makanan yang dibeli seperti proses pembuatan, pelbagai jenis, khasiat yang kita perolehi dari makanan tersebut dan risiko makanan terhadap kesihatan. 1) Pembuatan asas makanan (cheese) Cheese secara asas merupakan produk tenusu yang dihasilkan dari susu dan ditambah starter culture,rennet dan garam (stabilize, natural preservative). Susu + Starter Culture + Rennet -> Curd + Whey (Dibuang) -> Curd +Salt -> Cheese 2) Jenis makanan (cheese) Pelbagai jenis cheese boleh terhasil dipengaruhi dengan jenis susu yang digunakan, proses pembuatan cheese dan penuaan cheese a) Jenis susu digunakan Terdapat pelbagai jenis cheese yang berbeza bergantung kepada jenis susu yang digunakan (unpasteurized vs pasteurized milk, susu lembu,kambing,kebau,etc) b) Proses pembuatan Cheese Natural vs Processed cheese Secara ringkas, tiada atau hanya sedikit whey yang ada di dalam natural cheese kerana sudah ditekan keluar. Processed cheese mengandungi emulsifiers. c) Sifat cheese Soft vs Hard cheese Beza soft & hard cheese bergantung kepada tekstur, tahap kelembapan (moisture level) yang dipengaruhi oleh jangkamasa proses pematangan (aged duration) cheese. Nama dan jenis cheese ada di bahagian gambar 🧐 Soft cheese Tekstur lebih lembut (mudah disapu) Tiada ataupun waktu pematangan yang singkat Mempunyai kelembapan yang tinggi Jangka hayat simpanan yang pendek Hard cheese Tekstur lebih keras (mudah diparut) Proses pematangan yang lama (aged for weeks, months, or even years) mempunyai kelembapan yang rendah Jangka hayat simpanan lebih panjang 3) Khasiat makanan (cheese) Selain susu, produk tenusu seperti cheese merupakan sumber untuk pelbagai nutrien penting spt kalsium, potasium, fosforus, riboflavin, vitamin A, D dan B12 Bila nak pilih, biasakan lihat perkara seperti: A) Labelling & Keyword Baca perkataan yang terdapat pada packaging produk. Semua perkataan kecik dan besar. Kadangkala marketing produk cuba untuk mengelirukan kita. Boleh bandingkan antara 2 produk yg hampir sama. Boleh lihat perbandingan di bahagian gambar🧐 Keyword: natural vs processed, pasteurised vs unpasteurised B) Maklumat Pemakanan (Nutrition Information) Biasanya saya akan lihat bahagian ini untuk cari element penting (ie: sodium, calcium, etc) & quantity. Akan ada 2 bahagian: setiap hidangan/per serving setiap 100g/ per 100g Saiz hidangan biasanya berbeza mengikut produk. Jadi bagi saya, lebih mudah untuk membuat perbandingan per 100g (constant). Kemudian baru lihat pada amount per serving size. Tapi kalau product tu individually packed, lagi senang compare by serving size (cheese stick & cheese slice) Kalau tiada bahagian per serving, sy akan tengok ikut 100g dan lepas tu fikir portion yang saya akan hidang dekat anak. Ini boleh check di Google je. Katakan nak guna 1/8 cawan cheddar cheese parut, bersamaan dengan lebih kurang 15g. So boleh do the math for sodium amount for that one time serving. Cara ni sy selalu guna untuk cream cheese/cheese block. C) Ingredients Cari kalau ada bahan tambahan yang tak perlu lebih2 lagi kalau nak bagi anak kecil. I personally try to avoid processed cheese. 4) Risiko makanan (cheese) Perlu diingatkan bahawa bukan semua cheese selamat untuk dimakan oleh kanak2 dan ibu mengandung. Terdapat sesetengah cheese yang menggunakan susu tidak dipastur atau pematangan melibatkan bakteria seperti brie, feta, camembert, Roquefort & blue cheese. Pengambilan jenis cheese tersebut boleh mengakibatkan listeria. Pastikan susu yang digunakan untuk membuat cheese telah dipasteur dengan membaca Ingredients list atau label pada pembungkus makanan. 5) Preferences Ini semua up to personal/religion choice HALAL,ORGANIC,VEGAN,DAIRY FREE,CRUELTY FREE Sekian. Semoga kita semua boleh membuat pilihan yang lebih sihat🥰

penerangan dr admin group hbfm Wsalam Untuk pemilihan cheese,pilih pure cheese dan bukan processed cheese ya. Dan kebanyakkan cheese keping di pasaran adalah processed cheese. Processed cheese ni agak tinggi sodium dan tidak sesuai untuk baby. Kriteria yang kena tengok : Ada cultured pasteurized milk, rennet ape, and garam. Rennet tu pilih yang non animal rennet atau microbial rennet. Recommended garam (sodium) utk bayi: 0-6 month : 120mg/day 7-12 month: 370mg/day Setakat ini yang paling selamat kita recommend cream cheese. masih within safe level Rujukan:RNI for Malaysia, KKM (2017) #adminhbfm

cheese ni kne try n error sis. mcm ank sye stakat ni apa2 brand die serasi. xdek apa2 allergic. anak buah sye pulak brand anchor je boleh. selain dr tu kalau dia makan terus bengkak muka dia.

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan