Normal ke? Tolong saya

Muntah abis semua makanan keluar sebab perut kembung. Lepas tu, saya tido sebab sakit dada. Bangun tido sakit perut pulak sebab pakai kain labuh/skirt bahagian pinggang ketat kut. Mungkin perut kembung lagi atau lambat makan. Lepas makan, sakit perut pulak rimas pakai kain bahagian pinggang ketat. Saya try pakai kain batik longgar n tak rimas la. Pakai bra pun ketat kena longgarkan lagi. Baru 7 weeks ni nampaknya kena pakai pakaian longgar. Pakai longgar ok je tapi rimas ketat sebab perut kembung kut. Normal ke perut kembung? Tak tahu macam mana hilangkan perut kembung. Sebab asyik muntah je sudah lama tak membuang air besar. Ada yang pernah berpengalaman ke? #firsttimemom #firstbaby #ingintahu #pleasehelp

13 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

normal awal kehamilan perut kembung dan sembelit. kena selalu makan buat untuk membuat lancar untuk membuang. pastu kena selalu makan. kuantiti sikit tapi kerap. cuba minum fresh oren untuk hilangkan loya. kena pakai pakaian yg longgar2 jem awak dh boleh cari pakaian mengandung. sbb dia akan rasa selesa di perut. walaupun baru 7w. tido je pakai kain batik tapi tk perlu ikat.

Baca lagi

Perht kembung sebab lambat makan. Pakaian dah start kena tukar tu sis. Takleh pakai ketak dah. Beli dress je senang nk pi toilet senang nak gerak senang. Kalau muntak cuba kurangkan makanan pedas/ berlemak/ berminyak. Ambik buah2 and mkn kekacang insyaAllah ok

Normal awak, saya dah lalui. Alhamdullilah lepas raya semakin baik keadaan. InshaAllah awak kuat eaaaa, kalau xboleh ketat2 kena longgar kan. Saya pakai jubah and dress jeeee. Tidur pun xpakai baju hahahah mudah! Nak elak dari rasa rimas. 🤣

1y ago

sokong

Ya..normal..sy pon mengalami perkara yg sama masa awal kehamilan..sekarang dh nk masuk 2nd trimester baru beransur kurang kembung perut yg xselesa..hormon tgh berubah..sebab tu rasa serba xkena..jgn biarkan perut kosong tlalu lama..

normal je.. banyakkan pakai longgar ya bagi selesa keadaan baby..baby makin besar kadang menonjoh/tertekan perut kena baby boleh sebab loya nk muntah ..kadang pulak disebabkan lambat makan..angin masuk perut tu sebab perut kembung..

sayaa kan.. mcm awak jgk. angin tu x yah ckp laa.. mmg kerap perut kembung.. tp mcm sy .. sy pakai baju tdo yg labuh kt lutut tu.. sy just pkai mcm tu je klau tdo.. senang kit.. hihi . mmg xpkai dah seluar ke , kain ke.. sbb rimas

normal sgt sis.. mmg itu lah yg sy selalu alami pun bila mengandung. Kali kedua ni tgh mengandung alami lg benda sama. dari awal preggy sampai la nk bersalin, perut kembung, pedih ulu hati dan sembelit berpisah tiada 😅

saya masa pregnant pakai baju kelawar je 😂 kalau nak baring cangkuk bra sy bukak... memang manjang rasa sesak je dada... kalau pedih ulu hati sy makan gaviscon

Jgn risau sis.. Sy start kembung paling teruk dari 4 week sehingga 8.. Skrg dh kurang.. Nk masuk 13 week.. Mmg g klinik Dr bg ubat buang angin dan tahan muntah

Sama la kita. Setiap malam saya tidur pakai baju kelawar je. Tak selesa. Muntah. Mual. Badan berangin. Moga kita semua ibu ibu ni kuat.