Anak jatuh tersembam pertama kali

Hi mummies semua, hari ni pertama kali selama umur anak 3 tahun, anak saya jatuh tersembam sehingga benjol dahi dan bibir. Selepas jatuh anak saya menangis tp tak lama. Dan anak saya pandai bercakap jadi die boleh beritahu saya kat mana sakit dan sakit banyak mana. Cuma sebagai ibu saya rasa tak berguna dan salahkan diri saya. Lagi pula saya takut ada sebarang kecederaan dalam pada kepala. Ada sesiapa yg ada pengalaman tentang anak jatuh dan apa yg saya perlu lakukan utk merawat anak saya. Luka sekadar calar dan benjol sikit. Lebam pada bibir sebab bibir anak jatuh muka dahulu. #Bantu

6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hai. Saya ada pengalaman anak jatuh cuma kena hati tanda2 nih. Sekiranya anak muntah2, x sedar diri selepas jatuh bawa terus secepat mungkin ke doctor/kecemasan. Sebab ini tanda2 kecederaan dalaman. Pernah sekali anak saya waktu 2tahun lebih jatuh tiada benjol tiada calar sedikit pun tapi 5 min selepas itu anak muntah2 dan lemah. Mmg pergi emergency time tu sebab mmg take note benda ni sblm ada anak. Doctor siap x-ray segala dan stay kat kecemasan dalam tempoh 6-12j. Sekiranya muntah2 berlarutan kena stay tapi syukur results x-ray okay dan tidak muntah2 lepas tuh. mungkin ni 1st time ank jatuh dan dia tekejut sbb mama dia sendiri menjerit terkejut semasa kejadian tuh. Tu je kena pantau, sekiranya muntah2, lemah dan ada cairan darah/air keluar dari mulut telinga dan hidung better bawa kecemasan terus. Sis boleh Google "Tanda bahaya anak kecil selepas jatuh"

Baca lagi

Nak tahu ada cedera dalam otak ke tidak selepas jatuh terutama melibatkan bahagian kepala samada bayi/kanak2/dewasa pesakit akan serta merta muntah. Itu yg dr beritahu. Puan tak boleh fikir mcmtu (diri tak berguna) sbb kita ni manusia biasa. Tak kan pernah boleh halang sesuatu drp terjadi. Kita bukan Tuhan yg Maha Sempurna. InshaAllah anak puan ok. Tuam dgn ais sikit je tmpt benjol. Kalau puan tak yakin boleh bawa ke klinik.

Baca lagi
TapFluencer

Hai. Anak saya juga pernah jatuh tapi disebabkan orang lain dan diri sendiri juga terleka. Masa kecil lagi. Dah besar ni jatuh takda la serius. Kena tuam dengan ais bibir anak tu, mommy. Bawa anak jumpa doktor kalau bibir anak luka tapi kalau lebam dan dahi benjol boleh tuam dan kalau ada ubat luka boleh letak

Baca lagi

ank sy jatuh trblik duduk belakang kakak nya..smasa kakak nya buat krja krja rumah.tda da banjol..buat sy risau sgt2 msa tu trdgr tangisan dia mngis kuat..sy cpt2 brtidak letak ais batu.kt kpla nya.dlm tawal tkut da labam kepla nya..

insyallah xde ape...perhatikan dia..kalau lepas jatuh dia muntah then kene alert

anak saya pun pernah jatuh..kita extracare mcmmana pun kalau nak jatuh jatuh juge

2y ago

Bukan taknak extra care, anak jatuh benjol, calar sikit is part of kids' physical development. Dari situ anak2 dapat belajar utk lebih berhati2 pada masa akan dtg. Cuma ibubapa yg kena tahu mcmna nak create suasana yg Selamat sekiranya di rumah dan d tmpt awam jgk kena pantau benda2 yg bahaya sebelum benarkan anak2 bermain d sesuatu tmpt. Ibubapa atau penjaga kena kreatif dan beri cth bagaimana anak2 boleh lakukan aktiviti fizikal dgn selamat terutamanya di rumah. Anak2 suka meneroka benda2 atau lakukan aktiviti selamat/bahaya sebab sensory development mereka tak seperti dewasa mereka baru belajar mengenal. Mengatakan "Jangan, Tak Boleh, Cannot" boleh beri kesan negative kepada pemikiran anak2. So ibubapa kena ambik peranan dimana dan bagaimana utk teruskan anak2 bermain dengan bebas dan selamat. Cuma tu je kena sentiasa timba ilmu mengenai tanda2 bahaya yg anak2 hadapi sekiranya berlaku kemalangan waktu bermain / melakukan aktiviti harian.