Anak jatuh tersembam pertama kali

Hi mummies semua, hari ni pertama kali selama umur anak 3 tahun, anak saya jatuh tersembam sehingga benjol dahi dan bibir. Selepas jatuh anak saya menangis tp tak lama. Dan anak saya pandai bercakap jadi die boleh beritahu saya kat mana sakit dan sakit banyak mana. Cuma sebagai ibu saya rasa tak berguna dan salahkan diri saya. Lagi pula saya takut ada sebarang kecederaan dalam pada kepala. Ada sesiapa yg ada pengalaman tentang anak jatuh dan apa yg saya perlu lakukan utk merawat anak saya. Luka sekadar calar dan benjol sikit. Lebam pada bibir sebab bibir anak jatuh muka dahulu. #Bantu

6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hai. Saya ada pengalaman anak jatuh cuma kena hati tanda2 nih. Sekiranya anak muntah2, x sedar diri selepas jatuh bawa terus secepat mungkin ke doctor/kecemasan. Sebab ini tanda2 kecederaan dalaman. Pernah sekali anak saya waktu 2tahun lebih jatuh tiada benjol tiada calar sedikit pun tapi 5 min selepas itu anak muntah2 dan lemah. Mmg pergi emergency time tu sebab mmg take note benda ni sblm ada anak. Doctor siap x-ray segala dan stay kat kecemasan dalam tempoh 6-12j. Sekiranya muntah2 berlarutan kena stay tapi syukur results x-ray okay dan tidak muntah2 lepas tuh. mungkin ni 1st time ank jatuh dan dia tekejut sbb mama dia sendiri menjerit terkejut semasa kejadian tuh. Tu je kena pantau, sekiranya muntah2, lemah dan ada cairan darah/air keluar dari mulut telinga dan hidung better bawa kecemasan terus. Sis boleh Google "Tanda bahaya anak kecil selepas jatuh"

Baca lagi