Anak jatuh tersembam pertama kali

Hi mummies semua, hari ni pertama kali selama umur anak 3 tahun, anak saya jatuh tersembam sehingga benjol dahi dan bibir. Selepas jatuh anak saya menangis tp tak lama. Dan anak saya pandai bercakap jadi die boleh beritahu saya kat mana sakit dan sakit banyak mana. Cuma sebagai ibu saya rasa tak berguna dan salahkan diri saya. Lagi pula saya takut ada sebarang kecederaan dalam pada kepala. Ada sesiapa yg ada pengalaman tentang anak jatuh dan apa yg saya perlu lakukan utk merawat anak saya. Luka sekadar calar dan benjol sikit. Lebam pada bibir sebab bibir anak jatuh muka dahulu. #Bantu

6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Hai. Anak saya juga pernah jatuh tapi disebabkan orang lain dan diri sendiri juga terleka. Masa kecil lagi. Dah besar ni jatuh takda la serius. Kena tuam dengan ais bibir anak tu, mommy. Bawa anak jumpa doktor kalau bibir anak luka tapi kalau lebam dan dahi benjol boleh tuam dan kalau ada ubat luka boleh letak

Baca lagi