normal ke tidak?

hi mummies, normal ke saya baru nak masuk 4 bulan berkahwin tp still tk pregnant lagi even dh try mcm mcm cara yg org suggest? kdg kdg rasa biasa nak enjoy the moment, kdg kdg rasa give up pun ada. normal ke tak eh? 🥺#bantujawab

67 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

sis umur brp? baru 4 bulan, its totally normal untuk belum pregnant lagi. just enjoy the moment, stress akan ganggu hormon & kesuburan kita. kalau sis nak pregnant segera, yg paling penting jaga kesihatan, maintain healthy weight, both husband & wife, kerap exercise untuk maintain balance hormon yg sihat. banyakkan makan protein & lemak sihat macam telur, evoo, evco, kekacang. jaga jadual tidur supaya badan tak stress. kalau nak supplement, instead of ambil supplement yg fokus on fertility mcm efferty ke etc, better sis ambil supplement untuk general hormonal health, vit C 1000 - 2000mg/day, dengan magnesium daily. dua2 ni sangat bantu turunkan oxidative stress dalam badan & stabilkan hormon. selain tu banyakkan ambil cahaya matahari awal pagi juga untuk vit D. bila badan tak stress, hormon stabil, baru dia akan fokus pada kesihatan sistem reproductive. kalau badan stress/tak sihat, tu sistem pertama yg dia akan shut down, sebab paling tak penting untuk survival.

Baca lagi
1y ago

tak sebab suami saya tak suka ambil supplement. saya cuma pastikan pemakanan dia cukup protein pelbagai sumber, lemak, pelbagaikan sayur buah, banyakkan kunyit blackpepper dalam masakan, dan selalu ajak dia beriadhah di taman petang2/weekend pagi.