Perlu bawa ke ?

Hi mummies mintak pendapat, saya 1st mum nak tahu perlu ke bawa or standby BREASTPUMP , MILK STORAGE & BOTOL SUSU ke hospital masa nak bersalin nanti ? Buntu pulak mikir 😌 #33w TQ ~~

17 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

just standby breastpump or milk collector dan storage cup kecil sahaja. xperlu botol susu. dkt hospital nurse akan bagi minum pakai cup supaya baby xde nipple confuse kena ingat susu diawal kelahiran bayi kita dipanggil colostrum. susu tu pekat dn likat. dan kuantiti mmg sedikit sahaja. dlm beberapa ml. tapi cukup utk keperluan bayi kita. jangan terkejut if awak pump xde hasil. sbb susu tu hanya melekat dicorong pump. jadi better elakkan pump diawal kelahiran bayi awak. marmet sudah mencukupi. kalau xtahu mcm mana nk marmet. nnt panggil nurse utk tunjukkn cara. jangan malu utk bertanya okay😘

Baca lagi

standby je sis, mcm ada kes, ank duk wad nicu ke ap kan, ibu jnis yg susu bnyak, boleh je pump, n dkt hspital ada je storage semantara, nnti bila hsbnd dtg, srh dia bawak balik ka ap. tak ada masalh pun😊. Macam saya hri tu lps lahir mmg direct BF, tapi sbb luka czer trbuka, so mmg kena admit wad lama,doc bgi tau nk bawak baby ddk skli boleh sbb nk susu atau nak pump, sbb sya kena buka balik luka czer n kena drssing hari2, sbb sya risau takut ank tak trjaga, so wktu melawat hsbnd n mak sya akan bawak baby sya direct BF, kalau tak melawat susu banyak, sy akan pump n ada tempat utk simpan kan susu lps pump😊

Baca lagi

Kalau bagi saya boleh standby dlm kereta je. Nnt blh mintak suami hantarkan kalau perlu sgt sgt. Tapi saya rasa better awak marmet je sbb first susu keluar pekat sgt and boleh collect guna syringe je. Kalau ada peluang direct bf baik direct bf je lagi bagus. Nak tau mcm mana nak marmet boleh google.

sy rasa tak perlu pam untuk elakkan oversupply (kena study balik bab penyusuan ni) melainkan ank masuk nicu atau ada masalah lain terpaksa pam juga lah sbb sy dah merasa oversupply fuhhh letihh 😅 hari kedua nipple luka pulak huhuu nipple cream pun kena ada

klu hsband free, x nak bwk pun bley.. nant mintak hsband tlg pass kn.. klu rezeki awak, baby n awak xde masalah, bley trus blek.. tp klu baby ade masalah, kne tahan 2-3 hri & susah nak mnyusu memg kne bwk nie..

just bawak bekas simpan susu. susu perah guna tangan (marmet) je sbb awal2 ni fasa colostrum. saya haritu anak kena tahan wad so saya marmet dan collect guna syringe then masukkan dalam storage bag.

slalu klau baby masuk nicu je baru sesuai pump. klau x cukup sekadar urut & manual pump guna tgn. Tapi kena pandai la ilmu breastfeeding.. boleh cari dkt YouTube/TikTok/fb/ig

tumpang tnya klu jnis puting xnk timbul ny mcm mna pulk aerr sbb syg 1st mum perlu ka bwak moto susu dgn breastpump? sbb 29 ny sy dh kna serah diri..

1y ago

boleh beli nipple puller atau pakai shringe. utk timbulkan nipple. lagi satu boleh guna teknik sandwich semasa menyusu kan baby

sye standby dlm beg je and kebetulan masa hri ke 2 nipple sye luka teruk smpai takleh nk direct and nurse suh pam bg kt baby.

x perlu mmg kat hospital kita kena sruh breastfeeding je trus utk bonding time with the bby n boleh kecut kn rahim dgn cepat