Nak meluahhhh

Hi mummies. Hari ni saya berpantang 12 hari. Pantang sendiri, jauh dari family. Ada suami tapi hari ni tetiba rasa sedih sangat. Anak lapar, suami saya tak nak bagi susu fm. Dia suruh ikut jadual. Padahal baby tengah mengamuk, meragam. Tidur pun taknak. Saya juga kena dukung, pujuk baby. Suami saya duk main hp je. Saya pegi toilet tinggal anak kejap, dah dengar dia nangis. Suami ralit main hp, tak tolong pun tengok2kan. Dia siap sumbat puting kosong tu bagi diam kejap. Hari ni saya uruskan sendiri semuanya. Bangun seawal 5 pagi urus baby, urus rumah, basuh kain. Baby tidur, saya pun tidur kejap. Kesian tengok anak lapar. Saya cuba df tapi duk hisap berjam2 masih jugak meragam. Air susu badan saya sikit je. Dah try minum macam2, try marmet, pump, paling banyak pun dapat 10mls. Rasa sedih, stress gila sampai menangis sebab tak mampu bagi anak susu badan yang cukup. Kesian tengok dia lapar. Suami pula cakap dah overfeed sebab tu dia tak nak bagi susu fm. Kalau anak meragam dia nak tolong pujuk, dukung, takpe gak. Saya sampai sakit tulang belakang, dengan tak selesa sebab darah nifas mengalir banyak bila bg df. Tak sengaja baby pun saya termarah. Pastu rasa bersalah, pastu saya pun ikut nangis. 😞

7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

kalau bab suami tu awak kena communicate dgn husband awak. bagitau apa yg awak rasa. minta dia bantu. buat anak sama2 jadi kena sama2 jaga la. kalau bab rumah pula, bg sy awak tak perlu paksa diri utk buat semua tu. buat bila awak rasa larat. xlarat tinggal. nnt dah okay buat. lagipon awak baru 12hari berpantang. perlu bnyk rest. silap haribulan luka awak pon jdi lambat sembuh. bab susu pula. susu di awal kelahiran baby kita mmg xbyk awak. baru 12hari perut baby masih kecik. kerapkan penyusuan susu ibu dkt baby awak. kemungkinan susu badan awak berkurangan disebabkan awak xcukup rehat, awak stress, awak xmkn. awak nak susu badan awak sentiasa ada. awak kena elakkan benda2 tu. awak kena mkn. kena minum air secukup nya sekurang kurangnya 2litre sehari.

Baca lagi
Post reply image
TapFluencer

Assalamualaikum Puan,Maaf dan saya Harap Puan byk Besabar,banyakan berdoa dan zikir.Fikir anak2 dan diri sendiri.Pasal Suami Puan tu,Bagi saya,tidak dosa kalau kita tidak dgr apa yg diarahkan kalau itu salah.Puan kena pikir anak2 dan diri sendiri.Jaga diri dna anak2 ingat pada Allah. bagi sahaja Susu badan,biar sedikit.Urut seluruh payudara kita masa baby tengah susu.Urut perlahan2.Puan kena makanan bersup dan minum air suam-suam.Makan sayuran. Tapi kalau semua sudah puan makanan dan minum tapi susu still sikit.Saya suggest Puan bagi campur susu Formula.

Baca lagi

Google urutan banyak kn susu sis. Picit bhgn blkg badan cmtu. Amal mkn sayur yg bg bnyk susu. Minum horlicks. Nurse sy pesan haritu ap jd jgn stress. Stress blh buat susu kurang. Pstu mental jgn fikir susu kurang ke ap. Pasal suami mmg ye dh perangai mcm tu. Tp sis kena bising2 ckp kt dia. If dia tknk tlg suruh hire org Ap2. Explain kt dia ajar dia cara handle ank. Slow2 blh tu dia tlg sekali.

Baca lagi

maaf kata. klu dari puan cerita ni suami lepas tangan. baru hari ke 12 awak dah buat kerja rmh basuh kain semua? serious la awak? dia tak sedar ke tanggungjawab dia urus ank bini. patutnya dia mandikan. mlm2 dia take over jaga baby supaya awak boleh rehat. allah dugaan betul buat awak. saya harap awak cukup rehat cukup makan dan emosi terjaga. saya doakan awak dan baby sihat dan kuat ya ❤️

Baca lagi

sis kena ajar suami supaya dia turut saling membantu dlm hal rumah tangga. xelok kita stres dlm pantang nt blh dpt postpartum depression.. takut jd apa2 kat anak.. susu badan ni meriah kalau kita mkn, bykkan mkn lg sis.. blh panggil org mengurut jgk bg keluar air susu badan.. rajin² kan jugak bw bincang dgn suami ya.. semoga urut sis dipermudahkan..

Baca lagi

makan nasi byk sikit dari selalu. minum air byk. nanti susu akn mula byk. tapii kalau sikit jugak lagi, please bagi susu fm. tolak je husband tu ketepi. awk pegi bancuh sendiri. jgn sampai ank kurang air dlm bdn. husband awk tu sebenar nya malas nak bancuh susu je.

awak ade amek cl x? brurut ke? slalu lps urut, susu byk sikit.. hsband tu sis kne luahkan ape yg sis rse.. nanges ke marah ke.. bgtw je sis penat & x larat.. lg 1, klu sis urus anak, bia dye settle hal umah mcm bsuh bju ke.. sis kne paksa dye buat..