tak ada apa2 langsung semasa mengandung

Hi moms Sya nak tnya knp ya semasa kehamilan sy tak ada rasa apa2 langsung.. sudah 10 minggu kehamilan sya rasa perut saya msih still normal tak mcm kwn2 sya yg tngah mengandung.. kwn sy baru 8 minggu nmpak perut sedikit membesar.. dan payudara sya pun tak naik di masa 10 minggu ni.. xada rasa apa.. sya mmg sdah scan masa usia kandungan 5 minggu mmg ada nmpak.. tpi knp sudah 10 minggu lebih msh sma perut ni mcm usia kandungan 5 minggu apakah kandungan sya bermasalah.. sya juga xada alahan apa2 Muntah ke sakit pinggang ke susah tidur ke.. sy jd xconfident ni

36 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera puan. Untuk makluman anda perubahan badan terutamanya pada kawasan abdomen dan payudara adalah antara gejala yang berlaku kepada kebanyakan wanita yang hamil. Namun begitu, gejala ini tidak semestinya berlaku kepada semua wanita hamil. Selain muncul atau bermula pada waktu berbeza, tahap perubahan juga adalah berlainan. Ada wanita hamil yang hanya mengalami perubahan yang ketara selepas trimester ketiga. Anda tidak perlu risau ketika ini kerana kandungan anda masih awal. Namun begitu, jika anda mengalami gejala lain yang membimbangkan, sila rujuk kepada doktor dengan segera. Anda juga haruslah mematuhi jadual pemeriksaan antenatal berkala yang dijadualkan di klinik kesihatan agar pemantauan berkala terhadap kesihatan anda dan kandungan dapat dilakukan. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

Baca lagi
6y ago

Thank you doctor🙏🙏🙏🙏