Susu formula

Hi moms, boleh suggest susu formula untuk baby 1 month. Baby boy tak puas minum susu badan, jadi kesian bila dia tidur kejap kejap je lepastu nak susu lagi.

4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sangat biasa baby bangun kerap dengan susu badan. Tak bermakna tak puas. Bangun kerap tu biasa je. Formula tu nak bagi sebab ibu nak rehat lama lagi, bukan buat baby puas ke tak.. Tips untuk baby puas: 1 bulan tu baby masih tak ‘efficient’ nak minum susu direct. Memang ambil masa lama, kena bangunkan baby untuk minum ‘hindmilk’- maksudnya, susu selepas 1-2 minute. Hindmilk lah ya paling banyak lemak buat baby lebih kenyang. Satu lagi, boleh je pump Dan bagi baby breastmilk dalam botol Dan track berapa banyak dia minum. Ada kala baby breastfed pun will be going through ‘cluster feeding’ maksudnya minum kerap kerap. Sebab dia focus tidur sikit minum sikit sebab dia growing. Ini biasa. Biasanya 1-2 minggu paling lama. Ini biasa :) Apa pun, Asalkan cukup kencing berak, maksudnya baby cukup minum, tak perlu tukar ke formula. Tapi penat lah mummy.

Baca lagi