Pengalaman masa 1st pregnancy, lepas dah pantau bp 2minggu, bp semua okay, walaupon berat still naik 2kg sebulan π kk takde suruh repeat dah, tapi kena minum air gula pulak. pastu sangkut. huhu pregnancy kali ni saya cuba kawal pemakanan, suku suku separuh, suku nasi (1senduk), suku protein, separuh penuh sayur dan buah. 3kali. in between tu saya snacking macam kacang or segelas susu or biskut tawar 3kpg or roti 1kpg. dan kalau tetap jugak lapo, berkepit sentiasa dengan botol air kosong. ni saranan dietitian. setakat ni alhamdulillah berat naik 0.5kg sebulan.
Saya pun haritu terlebih berat & kena pemantauan 2 kali seminggu check bp & air kencing. Tp berat tak naik sngt , maintain lg tp tak turun π. Haritu nurse kk bg nasihat kata nasi makan sekali ja sehari. Jadi saya pagi makan cereal , lunch makan roti sandwich & maghrib sebelum 9 malam baru makan nasi (tunggu suami balik kerja makan sekali). Air pun kadang2 saya letak jugak ribena sikit sbb nk rasa masam masam sikit. Alhamdulillah berat still sama , tak naik.
terima kasih puan balas π
Hi, awak. Pengalaman saya pulak. Saya ada GDM on diet. Jadinya saya elakkan fastfood/junkfood, makan real food, cut sugar, amalkan diet suku suku separuh, cari sumber makanan yang low GI (awak boleh Google dulu, jika ada soalan InshaAllah saya boleh tolong hehe). Diet plan saya disarankan oleh O&G saya. Jadual makan saya pulak 6x sehari. Breakfast, snacking, lunch, snacking, dinner, snacking. Alhamdulillah semuanya okay.
terima kasih balasπ saya cuba
nk tau cmana nak bg berat naik sb drop 7kg
saya tak sure la.. saya naik berat badan sebab raya makan nasi yang banyak dan asyik makan nasi π sampai senak perut sebab makan banyak.. tp sekarang dah kurangkan nasi dan lebihkan sayur.
Anonymous