Perkembangan anak tak seiring usia

Hi mommy2 nak tanya anak saya 1tahun 5bulan tapi perkembangan dia banyak yang x capai Mchart..saya first time jadi ibu so benda ni banyak main ngan emosi dan mental saya..kadang asyik fikir yg anak saya ni “Atsm” ke..sedih dan down giler rasa sampai menjejaskan aktivitii harian saya dan emosi semasa menjaga anak😭 mommy2 bantu saya please..ni pun mental tengah down..mmg kalau perkembangan anak x capai Mchart mmg akan kearah “Atsm” ke..saya tak kuat kalau anak saya di diagnose sbg itu..sedihnya Ya Allah..😭😭 mommy2 tolong share pengalaman ke tips ke nasihat ke kata2 motivasi ke..please🙇🏻‍♀️🙇🏻‍♀️ sgt2 memerlukan skrg ni sbb btul2 down..

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Tak semestinya autism.. Klinik dah rujuk puan ke pakar Kanak-Kanak ke? Dlm masa tu, puan dan suami usaha lah bermain, bonding dgn anak, bawa anak keluar bersosial kenal alam, berbual dgn anak, makan bersama anak, baca Buku untuk anak, mengaji dgn anak. Solat jemaah, bentangkan sejadah untuk dia. Kena ada masa berkualiti dgn anak. Kurangkan atau elakkan terus screen time bagi anak. Bila umur dia 2 tahun, baru kenalkan screen pada anak. Sy tak mampu buat ni. Mampu buat hingga 1 tahun 7 bulan sbb asalnya nak cari lagu2 untuk anak sbb saya bukan lah hafal lagu anak2. 😂Hah, langsung dia tertarik dgn Durioo+, Omar Hana, Alif Anis dan Didi & Friends. Tapi kita kena kawal, jangan bagi dia tahu klik itu ini kat screen. Jangan beli gadget untuk anak buat masa ni. Belajar cara asuh dan didik anak dgn baik. U can do it!

Baca lagi

baru satu tahun jadi masih awal untuk diagnose autism. sebab tu ada lagi appointment untuk 2 tahun dan 3 tahun. kena tengok apa perkembangan yg tak seiring tu? dari segi percakapan? hari hari bersembang dengan anak. baca buku dengan anak. NO screen time. handphone tv semua tak perlu melainkan kalau betul terpaksa. seorang ibu kena kuat untuk anak. jgn down terlalu awal. anak pun masih diawal usia. banyak benda yg masih boleh diusahakan. jumpa pakar terapi kanak kanak kalau risau juga. cari support group di FB. autism atau tak, itu anak kita. kita kena kuat untuk bantu dia

Baca lagi