Ibu yang mahu start bekerja semula
Hi mommy yang berpengalaman disini. Saya ada soalan & sorry ye kalau ayat saya berterabur. Saya ibu kepada baby girl skng umur 1year and saya bercadang untuk start bekerja semula estimate lagi 2 bulan setelah setahun lebih tak bekerja. Sy resign dulu time baby dalam perut lagi atas faktor kesihatan n baby. Now kalau sy start kerja, saya risau untuk lepaskan dia dgn pengasuh sebab dia jenis tidur nak mengempeng dulu baru lena, sbb saya fully bf. And dia reject botol susu dah. Pastu menangis mcm kena pukul kalau tak dapat mengempeng tu..Lain2 takde masalah, sebab dia jenis tak takut dgn orang. Kalau saya takde pun, dia okay je asalkan ada yang main dgn dia. Cuma part menyusu dan nak tidur tu je masalah utama memandangkan dia dah besar n dah pandai mcm2. Ada tak yang pengalaman mcmni? Mcm mana mommy handle ya? Thanks in advance. Sorry I am #firstmom #pleasehelp #firstbaby #bantusharing