Baby boy atau baby girl

Hello mommy saya nervous nak buat gender scan tapi ada few things yang orang cakap kalau masa pregnant kita kurang morning sickness, suka makan masin2 & masam2 baby boy? Kalau morning sickness teruk dan suka makan benda manis2 baby girl. Saya first time mother so mommy semua yang dah beranak 2,3,4 boleh relate tak dengan statement tu? Betul ke? #genderscan

16 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

tak jugak kak.. mase kakak sy pregnant baby boy.. anak second dia(da 4thn). sblum dpt bdk.kecik ni.. dia gugur.. time tu dia xalah sgt.. morning sick aje tpi sikit, tau2 dia gugur.. pastu time tga pregnant yg menjadi ni, dia mmg alah teruk. morning sick sampai xlalu makan, xboleh bau org tgah masak, selalu makan ice cream.. sampai abg ipar blah suami dia dtg rumah nak kasi mknn gitu, dia ckp " kesian tgok muka mmg xlarat" . mase dia pregnant si kakak.. morning sick aje.. tpi kakak sy lagi sorang ank bongsu dia pun boy jugak, dia xde alah ape2. skg bdk nyer dah darjah 1😂.. cuma sy aje yg baru ttc 1thn 6bln kawin belum ade rezeki anak lagi

Baca lagi

Menurut kepercayaan popular, terdapat beberapa petanda semasa hamil yang boleh dikaitkan dengan jantina bayi. Namun, tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan kebolehan petanda ini untuk menentukan jantina bayi dengan tepat. Setiap ibu hamil berbeza dan setiap kehamilan unik. Jadi, walaupun ada yang percaya dengan petanda tersebut, tetapi tidak semestinya benar. Sebaiknya, tunggu hasil daripada gender scan untuk mengetahui jantina bayi dengan pasti. Jangan terlalu terikat dengan petanda-petanda tersebut dan nikmati setiap detik kehamilan anda dengan gembira. Selamat menjalani proses kehamilan! https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

Saya juga firts mom here in 38weeks, masa awal kandungan mmang suka makan masam masin sebab masa tu orang cakap alahan awal, bila pergi scan 4 dan 5 bulan dua kali check dokter cakap girl.. lepastu bila penghujung kandungan mula suka makan manis² dan bila scan balik pd kandungan ke 8 bulan tiba² jd boy.. tapi masih was² juga lah sebab belum 100 percent btul kalau stakat 4D scan.. tunggu keluar aje lah baru tahu 😅

Baca lagi

saya pulak dari first trimester sampai skrg 36week takde morning sickness suka MKN masin² n masam masa awal trimester, 2 kali scan girl ,tapi masih was² jugaa Tatau kenapa 😂 tapi barang dh beli pinky² n unisex separuh akhir trimester skrg suka manis² pulak .2hb ni scan kk harap dia tunjuk lagi sekali sebelum dia keluar.firstmomhere

Baca lagi

Dengar boleh percaya jangan😅kadang2 sbb kebetulan je tu..org dulu2 takda teknologi canggih macam kita sekarang sis sbb tu wujud kepercayaan macam tu..Sy takda morning sickness langsung dua2 pregnancy dapat boy and girl..

Tak betul. Alahan, preference, bentuk perut, instinct semua yg teka baik org2 tua org2 muda semua salah. So far 4x pregnant my experience only scan yg betul

mitos je sis. sya both girl mmg morning sickness yg trok.. 3rd pregnancy ni juga mgalami morning sickness yg trok. skrg dh 33w5d kalini doc kata boy. 🥰

mitos sis. sy morning sickness teruk mkn manis pun yaa masam pun ya . 2kali scan mmg beger. harap keluar begerlah hehehe 🤭

saya tak ada alahan lansung, lepastu perut saya petak.. org semua teka boy, tp scan nmpak 3line so its a girl hehe

Saya takda alahan langsung sepanjang pregnant. Perut bulat dan suka makan manis. Bila scan nampak baby girl 🤭