Maaf saya nak share sebagai sedikit, tp kalau rase tak perlu dan susah untuk buat atau cr bahan tak perlu.
1. Pastikan sentiasa berstokin
2. Pakai barut ibu selalu
3. Bertungku (panas kan batu atas dapur kemudian balut dengan kain batik) ini kalau guna batu sungai sbb saya guna batu sungai sahaja ada yg guna besi mcm bola tu. Cara dye tolak dari pangkal ari2 naik ke atas supaya peranakan tu tak jatuh dan naik atas semula.
4. Cari akar kayu (span kederang namanya, boleh dpt kat kedai2 jamu cina biasa) rebus dengan air kemudian minum air rebusan secawan sehari
5. Mandi air daun serun (untuk banyak kan susu ibu) masa mandi tu suruh suami jirus kan sementara tu kita urut di bahagian payudara.. Insyallah banyak susu utk anak.
6. Cari tukang urut atau bidan (ni penting) minta dia urut kan 3 hari berturut turut lepas bersalin. Tak perlu lama pun. Ada juga yang berurut sampai seminggu atau dua minggu tapi 3 hari dah memadai.
7. Kalau ade tempat salaian/bertangas boleh bersalai. Tapi zaman moden ni orang dah tak bersalai sbb susah. Kebanyakan nya hanya beli sauna DIY jer.
8. Make sure minum air masak banyak2
Maaf kalau ade info yang tersalah atau ape.. Tp ni preparation saya masa berpantang. Elak buat kerja berat2 dan elak kerap berjalan.. Minta tolong husband jika perlu.
Semoga di permudahkan urusan bersalin dan urusan berpantang ya sis
Baca lagi