Bantu saya.

Hi mommiessss saya nak tanya, awal sangat ke anak baru sebulan saya nak tidurkan pakai buai? Sebab saya tengah buntu, anak saya baru tukar time berjaga dia ke siang. Malam dia tidur mcm biasa. Siang dari 9 pagi sampai ke tenghari atau pkl 1 dia susah nak tidur. Saya dah cuba tidurkan dgn pelbagai cara tapi dia susah nak tidur, mata dah ngantuk. Saya tak faham dia nak macam mana. Saya dah dukung sambil slow goyang, dia tidur. Tapi bila letak di tilam dia melalak. Saya jadi stress dan bingung hari2 hadap benda sama. Bila dia susah tidur dia jadi marah dan nangis menjerit2. Saya terpaksa dukung sentiasa sebab dia tknk di letak. Hmm para ibu yg berpengalaman ada idea apa perlu saya buat? Bantu saya tolong 😔 mental saya dah koyak… tengah dalam pantang lagi. Stress sangat. #firsttimemom #pleasehelp

15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

sebenarnya takda masalah apa pun dgn buai kalau puan betul faham fungsi buai tu apa sebenarnya. fungsi buai tu utk baby dptkan sensasi mcm dlm rahim (berayun2). jadi kita kena jadikan buai tu sbg alat sahaja utk bantu dia tidur, bukan letak kebergantungan baby tidur wajib buai. ada pelbagai cara lagi utk tidurkan baby selain buai kalau puan takut baby nanti takleh lepas buai ke apa, boleh guna teknik 5S, teknik bedung & white noise. paling penting tgk waktu berjaga/nap baby ikut umur. kalau baby 0-3 bulan, wajib nap dlm jarak 45-60minit lepas berjaga. lebih dari tu mmg dia akan merengek/cranky sbb dah overtired. puan kalau ada masa, boleh tgk fb/ig: baby language. kat sana mereka ajar mcm mana nak tidurkan bayi, cue2 utk bayi, fungsi buai, teknik 5S semua ada. moga membantu.

Baca lagi