2 Balas

Saya dok tengah scan baby di dalam kandungan patient, dan dok pikiaq-pikiaq, pasai apa laaaaa baby ni besaq sangat??? Tiba-tiba, patient ibu hamil tanya: “Saya selalu minum jus buah, elok kan doktor?” Saya jawab: “Sebenarnya, makan buah-buahan dan minum air kosong itu jauh lebih baik dari minum jus buah.” Patient kata: “Tapi jus buah yang saya buat tak ada tambah gula pun.” Saya jawab: “Cuba bayangkan awak makan sebiji buah apple. Kenyang tak? Berapa biji buah apple yang awak boleh makan?” Patient kata: “Kalau makan buah apple, sebiji boleh tahan kenyang laa, kalau dua biji tu kenyang sangat laa.” Saya tanya: “Kalau tiga biji buah apple? Boleh makan tak?” Patient kata: “Tiga buah apple tak boleh masuk laa perut saya, 🤣😂🤣🤣.” Saya tanya: “Kalau buat Jus Apple, berapa biji buah apple kita kena gunakan untuk satu gelas Jus Apple?” Patient kata: “Empat” Saya kata: “Haaaaaaaaa!!! Empat biji buah apple di dalam satu gelas Jus Apple!!! Kenyang ke tak?” Patient jawab: “Hehehe tak kenyang, doktor.” Tuuuu diaaaaa. Sekarang anda semua faham kenapa makan buah itu lebih baik dari minum Jus buah. Serat di dalam buah sangat baik. Serat buah tu melambatkan penghadaman, jadi gula di dalam buah itu dilepaskan perlahan-lahan ke dalam darah anda. Cuba tengok berapa banyak kalori anda dapat di dalam sebiji apple? Selalunya lebih kurang 90 kalori. Tetapi Jika anda telan 4 biji perlahan Jus buah apple, sudah tentu laa kandungan gula di dalam Jus itu lebih tinggi lagi. Bila telan segelas Jus apple, kandungan gula yang lebih tinggi di dalam Jus apple berbanding dengan sebiji buah apple yang real fruit itu, tak perlu pun dihadamkan dulu untuk dilepaskan ke dalam darah. Maka lebih tinggi gula di dalam darah anda dengan lebih mengejut. Kemudian, tak rasa kenyang pun kaaannn? Gula yang tinggi boleh menyebabkan bayi terlalu besar, walaupun ibu tiada diabetes. Ini bukan hanya menyebabkan berat badan ibu naik, tetapi lebih susah nak bersalin dengan normal. Apa yang lebih baik, ialah makan buah, real fruit, kemudian minum air kosong. Kalau nak buat Jus buah juga, lebih baik gunakan sebiji buah saja, bukan 4 biji. Yang selainnya boleh tambah sayur-sayuran untuk buat segelas Jus. Sebagai contoh, 1 biji buah apple dengan timun, celery, carrot. Kemudian had kan pengambilan jus kepada hanya sekali sehari. Kebanyakan ibu hamil di Malaysia tak ada masalah tak cukup makan. Jika anak di dalam kandungan ada masalah tidak membesar, selalunya ini ialah disebabkan oleh fungsi placenta yang tidak sempurna, atau ada infection, atau ada masalah kesihatan anak itu atau ada syndrome. Tetapi jika ibu hamil makan terlalu banyak, walaupun ibu hamil tiada diabetes, anak di dalam kandungan boleh menjadi terlalu besar, dan lebih susah untuk bersalin secara normal. Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda semua. Dr Imelda Balchin, Pakar Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine

better awak makan buah dia terus. xperlu blend buat jus

Boleh je nk minum, tapi saya lebih syorkn klu awk minum fresh food blend sendiri. Sbb yg dlm ni tinggi kandungan gula. Klu blend sendiri kita x yah buh gula dh. Sihat pun sihat. Bkn apa, takut sangkut gdm je nnti

Tq awak

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan