Ibu yang Terlalu Burnout

Hi mommies, saya cuma nk meluah sbb saya tersangat burnout harini . saya ada 2orang anak lelaki, 4y & 2y++, hari ni bwk dorng jalan2 ke mall beli brg rumah. saya rasa stress sgt masa nk beli brg rumah tu, dgn xdduk diamnyaa, pegang brang sana pegang brang sini. Si kecik tu kdg2 saya rasa smpai naik rimas sgt2, nk berkepit 24jam, xnk berenggang langsung walaupun ayah dia nk amek dukung semua. kemuncak saya burnout tadi, masa tgh solat. sebelum tu dah pesan jgan kacau ibu nk solat. dorang kacau jugak, si abg baring terlentang depan saya, si adik panjat belakang sye smpai tertarik telekung kebelakang nampak rambut. saya batalkan solat saya terus menjerit marah dkt anak2. sambil bukak telekung n hempas2 ke lantai 😭😭 ni 1st time saya buat mcm tu. saya xpernah mcm tu sebelum3 ni even anak2 slalu ganggu saya solat. masa saya menjerit2 tu, husband dkt dapur tgh cuci pinggan mangkuk semua skli dgn basuh baju. terus husband dtg dkt saya bwk anak2 jauh skit. rasa berdosa sgt sbb buat mcm tu dkt anak2. salahkah saya wahai ibu2? tengok muka anak2 tadi menyesal sgt rasa 😔🥲#Sharingdong_Bund #mohonbantujawabbunda #bantujawab #sharing

2 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

awak pun manusia, valid untuk awak ada perasaan macam tu. semua orang pun ada tahap sabar dia. tapi pada saya lah, sekali sekala strict depan anak tak salah pun walaupun orang akan cakap “mereka tu kecil lagi tak tahu apa pun” , tapi mereka nanti akan belajar juga untuk faham awak secara perlahan termasuk juga suami. terlalu gentle parenting pun nanti anak naik kepala. tapi saya tak cakap terlalu strict parenting pun bagus untuk anak, sekali sekala sahaja. anak anak akan faham “okay mommy tak suka kita buat macam ni” dan ada limit yang mereka kena faham. husband pula mungkin jauhkan bukan sebab kecam tindakan awak, dia mungkin dalam hati pun kesian tengok keadaan awak dan nak bagi awak masa untuk bertenang dan bersendiri. biarkan mereka spend time lebih dengan ayahnya dan ayahnya pun kena main peranan untuk slow talk dengan anak. sabar ya mommy, memang burnout kita ni sebagai ibu. tapi banyak pahala kejar pengorbanan kita. nanti ada masa mendekat lah dengan anak dan minta maaf explainkan situasi yang telah berlaku. slow talk juga dengan husband untuk moral support ya dan cuba communicate untuk dia beri awak masa “me time” dan luangkan masa lebih dengan anak anak tanpa awak di situ, cara tu mungkin akan membantu untuk anak anak tak terlalu depend pada awak. kuat ya, best of luck awak. enjoy je the moments ni, nanti cepat je masa berlalu anak anak dah membesar kita pula yang merindu hehe.

Baca lagi
4w ago

mlm semalam sblum tido sye dh minta maaf dgn anak2, dh jelaskan knp xblh kacau semua 🥹. Thank you awak 😊