susu formula
hi mommiess, boleh cadangkan susu formula baby newborn ,6 bulan ke bwh.
Untuk bayi baru lahir hingga usia enam bulan, susu formula yang baik untuk mereka adalah yang dirancang khusus untuk bayi berusia muda. Anda mungkin ingin mencari susu formula yang mengandungi semua nutrien penting yang dibutuhkan oleh bayi, seperti zat besi, kalsium, vitamin D, dan lain-lain. Pastikan juga susu formula itu sesuai dengan umur bayi anda. Bagi bayi yang berusia di bawah enam bulan, susu formula jenis "first infant milk" atau "newborn formula" adalah pilihan yang baik. Mereka dirumus khas untuk memenuhi keperluan bayi baru lahir. Pastikan juga untuk memilih susu formula yang disahkan dan mempunyai kualiti yang baik. Sekiranya anda memerlukan lebih banyak nasihat tentang pemilihan susu formula yang sesuai untuk bayi anda, anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dari pakar kesihatan kanak-kanak atau ahli farmasi. Mereka boleh membantu anda memilih susu formula yang terbaik untuk keperluan bayi anda. Voucher RM30 off 👉🏻 https://invl.io/cll7hzz
Baca lagiBaby saya masa mula-2 lahir bagi susu dupro. Masa tu baby ada jaundice so far ok je, dia kerap berak & kencing tapi sbb bacaan jaundice dia tak turun-2 then try bagi susu dutch baby (baca rv ramai yg ckp ok & boleh turunkan kuning). Masa baby nak masuk usia sebulan baru try bagi susu dutch baby. Mula-2 mcm berkahak setiap kali baby minum tapi saya teruskan jgakk. Alhamdulillah lately ni saya perasan bila baby minum susu tak dengar bunyi kahak lagi. Yg paling best, berat pun naik. Usia baby skrg 3bulan20hari. Sis boleh try & error dulu ye.
Baca lagiAnak saya dari lahir kt hosp nurse bagi Frisolac .. dan sampai skrg alhamdulillah mnum frisolac tu , tkde tukar .. baby berak pun elok .. berat pun cantik.. saya sulam BF and bgi jugak formula dkt bby.. setakat nie frisolac ngam dgn bby saya..
susu ni xde spe blh recommend sbb lain bby semua xsme klw ank sye mnm fm hat ni ok mngkin dkt ank sis xok so sis kena try n error.. sis blh cbe apply sample susu dkt fb mcmtulh sye buat...
Lebih baik focuskan bf. Bf terbaik utk anak. Susu formula ni takut ada yg tak sesuai. Ada yg tak sesuai susu lembu. Nanti cirit kesian baby. Jangan tukar2 susu..try dulu seminggu dua
susu fm ni sis kne try n error sbbnye kalau kami suggestkan tkut xserasi dgn baby sis sis try dlu dr brand yg murah hingga la ke mahal, tgk mana yg serasi.
Ikut keserasian anak. Apa yg saya boleh share kalau anak saya minum s26 sembelit, karihome muntah2 sampai color kuning, Enfalac GE berkahak. Sampai skrg x jumpa apa yg betul2 serasi.
mcm anak first saya , dutch baby jadi sembelit.. baby x berak. pastu asyik kembung perut n nangis je.. saya stop dutch baby , ambik dupro baru ok dgn baby.
sy pakai novalac..tk pernah lg try susu lain.. so far novalac ok dgn bby.. sis kene try n error ya..
kena try dan error sis..ada yg ngam dgn baby kita,ada yg tak..so far anak2 saya semua ngam dgn Friso