confused

Hi mommies2 semua.. nak tanya, ada tak yg berpengalaman missed period tp bila buat upt negatif? Sy x pernah missed period, setiap bln on time. Dh cek upt tp result negatif ?

10 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
Expert

Salam sejahtera puan, untuk makluman anda, selain kehamilan terdapat pelbagai punca lain haid lewat, antaranya: Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif Tekanan emosi Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan Masalah kalenjar tiroid atau pituitari Mengambil pil perancang kehamilan Masalah polycystic ovarian syndrome Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks Sekiranya anda mengesyaki hamil, anda boleh ulangi ujian kehamilan selepas seminggu jika masih belum datang haid. Jika upt masih negatif dan anda masih belum datang haid, sila ke klinik untuk pemeriksaan bagi mengetahui punca anda haid lewat. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

Baca lagi