HB low or nak cantikkan HB?

Hi mommies, sis nak share on this HB issue. Haaa mesti ade bakal mommies/mommies yang ade issue HB low or tak cantik lepas tu kena marah/tegur dengan nurse klinik kan?? Pic kt bawah ni sis punya HB results. Takde la post semua but as you can see, HB sis boleh kata normal. Dulu masa 1st pregnancy mmg low saja bawah 10 then take time improves sebab makan itu ini. Jenuh juga siap kena avoid totally caffeine (no coffee/tea/milo) mmg struggle sebab sis adalah peminat tegar coffee yer. Minum coffee before tidur pun takde masalah. my second pregnancy ni, Alhamdulillah even minum coffee before masuk clinic utk checkup pun tak kacau results HB. Sisturji amalkan vitamin Iberet (beli kt pharmacy) sekotak tu utk sebulan. Sebiji sehari. Semua vitamin ada. Tak penat nak ulang2 makan berbiji2 ubat clinic kkia bagi. Then..sampai lah 3rd trimester Sisturji tergerak nak minum air rebusan 5 serangkai tu (kurma hitam, kurma cina, gula batu, mata kucing, goji berry). Banyak dah jual kt Shopee yer. Rebus / rendam air panas then minum setiap hari and rajin minum air masak. Murah jer. Save cost. HB Sisturji meningkat yerrr. And last sekali tu memang palinggg tertinggi sekali. So those bakal mommies/mommies boleh cuba air rebusan ni. Banyak khasiat dia. Uols boleh google DIY Milk booster as keyword. Yang mengandung boleh naikkan HB & yang menyusu boleh bantu jadi milk booster. In sha Allah dengan izin. Ikhtiarkan mana yang mampu. Dan tawakal je. Jangan plakk minum sekali and trus rasa ade magic. Hehe. Minum hari2 yerr. Rebus banyak2 simpan dalam fridge. Selamat mencuba. #sharingiscaring #selamatmencuba #ikhtiardantawakal

5 Balas

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan