1st pregnancy

Hi mommies semua..korang dah brpa weeks? Sy dah 32 weeks dah mula rasa dupdapdupdap dah hahaaa..ada yg boleh share tips/petua or pengalaman ibu² bersalin? ??????

1 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya dah 19 weeks skrg. Nanti bila sis rasa contraction sis jgn panik. Tarik hembus nafas perlahan. Jgn lupa zikir nabi yunus, LA ILAHA ILA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZZALIMIN. Baca berulang kali sampai dkt LR. Minta maaf dgn suami paling penting ya. Bila doc suruh teran, sis ikut arahan. Pastikan JANGAN ANGKAT PUNGGUNG kalau sis tak nak koyak sampai dkt dubur. Pegang buku lali, angkat kepala sampai dagu cecah dada semasa meneran. Kalau koyak pun tak banyak jahitan. In sha Allah.. pengalaman saya bersalin anak pertama hanya 4 jahitan d bahagian dalam. Lepas bersalin kalau nak berlari pun tak rasa sakit langsung. Cuma berhati-hati sebab takut jahitan terbuka

Baca lagi
5y ago

Aamiinnn...