Kerajaan atau swasta?

Mommies semua dah survey ke hosp mana nk bersalin? Saya 1st time mommy.. so agak excited + takut.. boleh share pengalaman/ pendapat? Yg mana better ye, hospital kerajaan, swasta, atau FPP?

4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Terpulang pada awak dan suami. Macam saya dan suami sama2 nak involve dalam pregnancy. So kami pilih hospital swasta islamik. OBGYN semua perempuan. Nurse/staff dalam maternity ward semua perempuan. Kaum lelaki para suami sahaja. Husband yang jaga dan teman dari labour room sampai lah dah masuk wad. 3H2M admitted. Memang ada husband je kat sebelah. Plus pernah dengar pengalaman cousins yang bersalin gov, saya tak kuat untuk hadap semua tu.

Baca lagi
2y ago

Alhamdulillah bersalin normal dengan bantuan vacuum. Saya GDM on diet & GBS +ve mom, stay 3D2N total RM10k++. Untuk antenatal checkup pula average dalam RM150-RM300 per session. Pengalaman saya, saya sangat bersyukur dan gembira sepanjang saya dalam hospital. Doktor, nurse, staff semuanya okay, baik dan sangat membantu. Plus PUSRAWI ni hospital rakan bayi. Salah satu faktor kenapa saya pilih hospital ni. First feeding session, saya dapat guidance daripada lactation nurse. Sangat2 membantu untuk saya. Nurse ajar cara lekapan, posture badan, cara marmet, etc. Takde apa yang saya nak complain, Alhamdulillah semuanya baik dan berjalan dengan lancar. InshaAllah next baby pun akan ke sini jugak.