Sekadar luahan

Hi mommies sekadar nak meluah, sekarang saya pregnant 5 bulan. Saya memang penat sebab nya kerja saya banyak berdiri, kalau diri lama sangat mesti kaki saya sakit dan pinggang sakit. Saya selalu cakap nak berhenti sebab penat tak larat. Tiba2 satu hari tu, company kata akan dicutikan untuk sementara. Sekarang tak tau nak sedih ke nak gembira. Masa sakit tak larat alahan mengandung macam meratib sangat nak berhenti. Bila da dapat macam ni, rasa sedih pulak sebab nak time2 raya pulak kena cuti kan itu pun tak tau la. Cuma sekarang ni tak tau lagi confirm ke tak akan dicutikan ke macam mana sebab belum ada kata putus dari company. Cuma sekarang saya memang rilek la tak penat pergi kerja sebab production tak jalan. Mulut ibu mengandung ni jaga2 la jangan cakap bukan2 tu pendapat saya la. Tapi takpela semoga yang baik2 ajelah untuk kami semua. Tak nak kerja tapi tak kerja macam susah pulak. Kewangan suami pun tak berapa stabil.

3 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi mommies, saya pregnant ank no 3 selepas 4 tahun lebih x pregnant. Skrg bru 5 bulan tapi sakit2 badan lebih2 lagi bahagian pelvic memang terasa sakitnya. Dulu anak first start sakit bhg pelvic bila dah hujung2 now baru 5 bulan xlarat betul rasa badan. Ada mommies2 yg sama macam ni x? Normal ke?

moga dipermudahkan urusan sis, inshaa Allah apa Allah aturkan itu yang terbaik untuk sis & baby. maybe nak bagi sis more fokus dengan baby kan 🥰 moga dimurahkan rezeki sis & suami selalu ya 🤲🏻

Sma mcm sy..Kerja berdiri ..Smpai sakit tumit rasa berdeyut2 ..