Malas buat kerja rumah

hi mommies. sebelum tu tolong jangan judge, just nak tanya ada tak sesiapa kat sini bila pregnant jadi malas sangat2 nak uruskan rumah. saya pregnant 4 bulan sekarang. saya malas masak, pinggan mangkuk biar berlonggok dkt sinki, rumah kotor. mmg malas nak buat apa2. sebelum pregnant tak mcm ni pon. atau saya sahaja yg ikutkan perasaan? sbb suami saya hampir marah dgn perangai saya. tolong share pengalaman anda please #firsttimemom #advicepls

55 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Sy macam sis juga.. Bukan malas tapi sy rasa tak bertenaga nak buat kerja😅bayangkan br sapu sikit pun dh mengah lepastu rasa lemah sangat..tengok berselerak sikit rasa nak kemas tp tenaga tak dapat dipksa.. Mcm pinggan mangkuk sy biar kejap kt singki bila sy rasa sy dh okay br sy cuci..kalau suami ada kt rumah, suami tolong kemas2,sidai baju..tapi masak tetap sy kecuali betul2 tak larat😅

Baca lagi