Malas buat kerja rumah

hi mommies. sebelum tu tolong jangan judge, just nak tanya ada tak sesiapa kat sini bila pregnant jadi malas sangat2 nak uruskan rumah. saya pregnant 4 bulan sekarang. saya malas masak, pinggan mangkuk biar berlonggok dkt sinki, rumah kotor. mmg malas nak buat apa2. sebelum pregnant tak mcm ni pon. atau saya sahaja yg ikutkan perasaan? sbb suami saya hampir marah dgn perangai saya. tolong share pengalaman anda please #firsttimemom #advicepls

55 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hai mommy. Rasanya normal kot 🤣. Sbb saya pun kadang-2 ada rasa malas jgakk. Malas nak kemas rumah. Sebelum mengandung, tngok rumah bersepah sikit terus kemas. Nmpak habuk sikit je terus ambik penyapu & mop lantai. Tapi sejak pregnant ni, serba serbi jadi malas. Bkan takat malas kemas rumah je. Kadang rasa malas nak urus diri sendiri. 😂. Rasa malas mandi, kalau boleh nak tidur je.. tak nak buat apa-2 tapi saya takde lah ikut sangat perasaan ni. Suami paham perubahan saya. Lepastu, malas masak.. kadang-2 ada niat nak masak tapi mcm takde mood.. tiba-2 tak thu nak masak apa. Sudahnya mmg tak masak. Tapi mcm mana pun, saya takkan biar keadaan rumah jadi terlalu kotor atau bersepah nanti auto sakit mata & kita tngok pun rasa tak selesa. Cuma takde lah serajin mcm sebelum mengandung. Time mengandung ni buat yg mana larat & mampu je. Asalkan tak sakit mata memandang. Hehe.

Baca lagi