Bayar beribu walaupun lahir normla ?

Hello mommies ❤️ Saya nak tanya lah. Haritu saya adalah cousin yang nikah dengan warga asing. Tapi diorang nikah secara sah antara dua negara. Lepastu cousin saya ni pregnant n dia beranak dekat hospital kerajaan secara normal. N hospital suruh dia bayar lebih daripada 1000 ringgit. Atas alasan dia nikah dengan warga asing. Sdangkan dokumen suami dia semua lengkap. Sijil nikah pun ada. Memang macam tu ka ? Cousin saya berkeras taknak bayar sebab diorang nikah secara sah. Saya nak tanya memang procedure macam tu ka ? Atau cousin saya boleh buat aduan ?. Mohon pencerahan , tu naseb normal kalau Czer ntah brpa ribu dia kena bayar 😢#SeriusTanya #Sharing_dong_Bund #bantujawab #ingintahu #bantusharing

15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya faham betapa mencemaskan situasi ini untuk cousin anda. Walaupun nikah secara sah antara dua negara, tetapi kadang-kadang terdapat peraturan pengenakan bayaran yang berbeza bagi warganegara dan bukan warganegara di hospital kerajaan. Bagi kes ini, adakah dokumen suami cousin anda seperti pasport dan visa sudah lengkap dan sah di sini? Ini mungkin faktor yang mempengaruhi bayaran yang diminta. Sebaiknya, cousin anda boleh berbincang dengan pihak hospital untuk mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci. Jika sudah didapati bahawa segala dokumen yang diperlukan sudah lengkap, cousin anda boleh meminta penjelasan lanjut atau membuat aduan sekiranya rasa ada ketidakadilan dalam proses bayaran tersebut. Adalah penting untuk memahami prosedur dan hak yang ada bagi memastikan keadilan dan ketulusan dalam kes seperti ini. Semoga masalah ini dapat diselesaikan dengan baik. https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

Klau xsilap klau suami warganegara isteri bukan warganegara mase bersalin dpt khidmat bayaran warganegara. Dya ikut suami. Sbb warganegara anak ikut suami sebagai ketua keluarga. Mmg unfair untk perempuan lah sebagai ibu klau terbalik dya tak sama. Tp sy ade jugak dengar yg kerajaan selalu make adjustment sbb yg atas sy dengar dari 10 tahun dulu. Ntah sekarang adakah sama.

Baca lagi
6mo ago

Cuba check makpak die ade ic merah dak. Salah sorg ade pon anak boleh dpt ic biru

saya bernikah dengan lelaki warga asing juga, even my mum also same kahwin dengan ayah saya warga asing juga. tapi ibu saya beranak dah 4 orang anak pun harga pun ikut harga warganegara Malaysia punya even suami warga asing. adik-beradik saya semua lahir kat hospital GOV. takdepun kena bayar macam tu. takut ada nurse minta duit lebih je ni.

Baca lagi
6mo ago

Takda nya nurse minta duit lebih sis😂yg handle bayaran tu org yg kat kaunter hasil hospital

memang tu syarat kat hosp kerajaan sis. walaupun ada sijil nikah dokumen lengkap, selagi warganegara + warganegara asing memang dikenakan bayaran sedemikian. saya tak sure lah kalau ada hosp gov lain yg tak ada rules macam tu. tapi setakat 2 hosp gov yg sy bersalin, memang macam tu la peraturannya

saya warganegara malaysia suami org luar tapi kami nikah di malaysia daftar dgn pejabat agama. sijil nikah malaysia dan saya kerja kerajaan. saya bayar sama je mcm org malaysia juga sbb saya warganegara malaysia bkn org luar. apa yg penting menikah kena kat malaysia juga.

TapFluencer

cousin warganegara Malaysia tak? kalau dia sendiri warganegara rasanya patutnya caj warganegara. tapi saya pun tak sure kalau dia ikut ketua keluarga punya kewarganegaraan kan. tapi pelik lah pula sebab yg guna khidmat dia si isteri. ke itu caj untuk anak punya bahagian?

6mo ago

Haah sis. cousin Warganegara Malaysia. suami dia yang warga negara asing.

Sy warga asing. Suami Malaysia. Dua kli dh sy tdo dekat hospital sbb miscarriage .mse daftar byr rm1 je. Kuar hospital byr rm3. Skli ag tu hospital daerah lain2 daftar byr rm1 kuar hospital bye rm9 .. sy bg kad nikah dgn passport je tkde kne byr mahal pon

6mo ago

Itu lh kn sy pon pelik😂kwn sy warga asing pon tkde kne byr . Kerajaan biase same je mne2 pon. Tk phm jgk ni kenapa kne byr

sy warga asing kawin resmi dan sah antara 2 negara jg suami sy yg warganegara,, baru bersalin czer di hospital kerajaan ambil bilik second class 4 org 1 bilik, 4 hari sy d hospital cm bayar RM650

sy Pon nak tnya jugak sy kawen dgn warganegara Malaysia..Kalo sy nak pegi emergency hospital mcm sakit demam ke ape ke kena byr mcm mana ehh?ikut wrga asing ke ikut warganegara Malaysia suami sy?

Based on replies yg isteri bukan warganegara tapi suami warganegara, mereka dikenakan bayaran mcm biasa. So means, charge hospital based on kewarganegaraan ketua keluarga. Sungguh tak adil.