Serah diri sebab baby kecik

Hi mommies, saya nak tanya ada tak yang sama macam saya. Baby saya kecik tro SGA/IUGR berat cuma 2.2kg. Placenta dah tak bagi nutrition dekat baby, sepatutnya saya warded tadi dan induce besok, nak suruh bersalin awal dari due. Tapi saya decide nak bersalin hari kedua selepas raya sebab doc pakar bagi option minggu ni or minggu depan tapi atas risiko sendiri saya nak kena pantau pergerakan baby sebelum saya serah diri raya kedua dan induce. Nak tanya ada tak mommies yang tunggu sampai 39weeks macam saya juga dan baby pun kecik. Saya postponed next week sbb berapa harini badan mmg tak berdaya sangat dgn cuaca panas, kurang tidur plus migraine pula tu. #bantujawab #ingintahu #firstmom #SeriusTanya

3 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Saya rasa better puan serah diri harini juga. Sebab risau juga placenta dah stop bagi nutrient dekat baby takut effect lain pula pada baby. Part migraine semua tu, nanti warded bgtau je Dr/Nurse, maybe kalau petang or malam okay boleh consider start induce. Kalau induce before raya mana tau beranak before raya and rezeki balik before raya ke. Ada rezeki raya kat rumah. Semoga dipermudahkan urusan awak, selamat bersalin kan anak. Amin.

Baca lagi
8mo ago

Nasihat saya as nurse di NICU, Better jangan tangguh sis, selagi baby tak keluar, macam2 risiko boleh berlaku pada baby. Baby pun cuma bergantung 100% pada placenta. Kalo dia x dapat nutrient dari placenta, bahaya juga tu sebab 0ernah ada kes baby meninggal dalam perut. If baby dah keluar, lega sikit, sebab dah boleh pantau, masuk NICU, bagi bf, formula ke apa kan.

Saya pun baby detect iugr last scan 2.2kg baby lahir 2.3kg, saya induce 37weeks, kalau saya, saya x berani nk tunggu lama2 sbb kita dh tahu uri bermasalah

8mo ago

Baik, terima kasih awak🫶🏽

semoga Allah mempermudahkan segala galanya.. Aamiin ya Allah ya mujib 🤲🤲🤲