hi mommies. saya nak minta pendapat semua.. anak saya 8m18d and harini hari ke4 anak saya tolak botol(susu formula). saya cuma bagi dia 1x sehari je selepas mandi malam/sebelum tidur. sebab mmg susu badan saya kalau continuously bagi mmg dia akan jadi mcm tak puas hisap sebab anak saya masih lagi bangun malam 2-3 kali.
saya hargai kalau ada mommies yg akan suggest saya utk stop terus formula. tapi saya tetap ingin mencari jalan mcm mana nak maintain dgn bagi dia formula 1x sehari. sebab saya perasan dgn ada gap utk 1x sesi formula tu dapat bantu saya utk susukan dia waktu dia bangun malam and sepanjang waktu siang hari & dia akan puas. klau takde gap 1x formula tu mmg anak saya akan meragam utk seluruh hari dan boleh bangun hingga 5x waktu malam.
saya ingat nak tukar brand botol/puting. skg saya guna avent. boleh bagi cadangan tak berdasarkan pengalaman masing2 brand apa yg sesuai utk anak yg tolak botol?
terima kasih semua❤️