baby taknak dekat dengan ibunya

hi mommies ! saya first time mom dan kini masih berpantang 25 hari . baby kena admit NICU sebab jaundice dia tinggi sampai hari keempat barulah boleh balik ke rumah . at first everything was so fine , baby pun boleh tidur nyenyak dan suka bila dekat dengan saya . tapi sudah seminggu lebih baby meragam bila dengan saya dan taknak tidur bila saya dodoikan . saya perasan baby cuma nak dekat dengan saya pada waktu siang saja , bila waktu malam dia akan gelisah dan menangis walaupun saya cuba tenangkan dan tidurkan . dua hari ini pula saya perasan baby akan start meragam dengan saya bermula waktu asar . baby start taknak tidur bila saya dodoikan dan menangis nangis , tapi bila bagi dekat adik atau ibu saya baby akan diam dan tenang . semalam anak saya tidak tidur dari 4 petang sehingga 2 pagi . kalau tidur pun tidur tidur ayam saja . saya cuba tidurkan baby dengan pelbagai cara tapi baby menangis seolah olah reject saya . ibu cuba pujuk saya dengan mengatakan bau susu badan saya kuat jadi baby gelisah nak menyusu ( baby jarang direct breastfeeding sebab baby masih tak pandai latch disebabkan saya inverted nipple ) . tapi makin lama makin pelik sebab sudah seminggu lebih baby akan menolak untuk dekat dengan saya pada waktu malam . ibu saya minta saya jumpa ustaz takut ada benda yang menganggu saya sehingga baby reject saya . ada tak ibu lain yang mengalami masalah yang sama ? dan boleh bagi tips untuk atasi masalah ini ? #firstbaby #pleasehelp #bantusharing

1 Balas

Salam puan..moga dlm kebaikan dan lindunganNya. congrats for entering motherhood. baby bottle feed susu ibu atau formula? or mixed? Dulu saya punya first baby pun meragam esp dari maghrib smpai midnite or smpai pukul 2 pagi..mmg stress dan rasa nak meroyan.. i feel u mommy.. my prayers n dua for u n mgkin sedikit saranan/words of comfort..baby nangis banyak sebab 1. sbb bru nak adapt dgn dunia ni. so bedung n peluk boleh comfort the baby, sapu lotion/balm yg ada calming effect (sy suka balm tasneem natural. sy beli je tp xjual btw) 2. sbb dia pon trauma sbb early life duk berjauhan dgn mommy (masuk wad sbb jaundice as u said).. keep talking n comfort baby, kerapkan direct feed 3. sbb common ialah sbb perut xselesa masuk angin - burp kan baby after feed, kerap sapu minyak/balm pd perut baby, buat bicycle exercise dgn kaki baby, dodoi dia dlm position buat dia selesa perut (tgok youtube) 4. sbb bdn baby/surroundinh (sejuk sgt/panas ke)- kena aware dgn surrounding n suhu bdn baby, hidung trsumbat ke, diaper penuh ke tukar cepat 5. sbb2 medical lain yg ni boleh try bwk jumpa Dr.. 6. sbb nk brubah bulan pon boleh jadi (nak membesar gitulah org ckp)..ada la part yg dia xselesa but never blame yourself tau. u hv done your best. kalau penat, pass pd suami/fmily biar dorg dodoi kejap. keep making doa.. inshaAllah baik2 aja. if u need someone to talk, im here. on confinement leave jugk. bru 27 hari..hee

hi salam awak . thank you for your kind words and tips , i really appreciate that ! for baby saya bagi mix since baby memang tak pandai latch lagi . to be honest saya dah try semua cara cara tu kecuali berjumpa dengan doctor and yes baby memang dalam fasa berubah bulan sekarang ni . waktu siang dia okay je dengan saya cuma waktu malam tu dia sangat cranky dan kuat meragam . tiap malam dia akan meragam bila saya pegang dan nak tidurkan dia walaupun dah bagi susu , sapu minyak dan tukar pampers . baby non stop menangis menjerit jerit bila dengan saya tapi bila pass dekat nenek dia terus diam dah tenang je . dah seminggu ni anak saya tidur dengan nenek dia . hari ni je saya habiskan masa saya dari pagi sampai malam nak tidurkan dia . tapi dia menangis dan tegangkan badan dia , bila nenek dia dodoikan tak sampai 10 minit dia dah tertidur . saya rasa sedih dan kecewa sebab rasa macam di-reject oleh anak sendiri . husband pula ldr jadi mental fizikal saya penat agak penat sekarang ni

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan