Stress check up

Hi mommies.. saya first time mom… Alhamdulillah baru bekerja dan masih dalam tempoh probation.. pregnant sekarang 30w.. saya stress bila asyik kne buat check up nurse dgn Dr di KK dan Hosp.. saya kne refer Hosp juga sebab bp tinggi… Stress bila asyik kne minta izin boss untuk keluar pergi checkup.. nak checkup pulak bukan sejam boleh siap.. selalunya setengah hari baru siap checkup.. saya xtau la tanggapan bos pada saya cmne dah sekarang ni.. Menambahkan lagi stress Dr suruh monitor bp selang sehari di KK… boleh dikatakan seminggu dalam 3 kali kne ke KK.. stress saya dibuatnya.. ada tak mommies yg hdpi masalah yang sama.. #firstmom #ingintahu #bantusharing

9 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

baru bekerja kan? masih tempoh probation. maksudnya majikan terima awk bekerja masa awak dah pun pregnant. jadi rasanya majikan da sedia maklum staff pregnant ni akan banyak MC dan cuti utk checkup. kalau tak, takkan dia nak ambil awak kerja. pedulikan tanggapan boss. kalau awk rasa tak best, just jumpa je boss, bgtau keadaan sebenar kandungan awk ni high risk dan akan kerap cuti utk checkup. mmg penat ulang alik kk utk cek bp tu. cuba bincang dgn nurse boleh tak pantau sendiri je di rumah n beli alat sendiri. ckp awk penat berulang alik ke kk maybe tu salah satu punca bp awk tinggi je. jgn stress2 mommy waktu pregnant ni. tak lama dah. awk dah 30 weeks dah. sikit hari lg nak jumpa buah hati. lagi dekat due, lagi kerap checkup. mmg normal gitu

Baca lagi

xperlu stress.. kalau kita dlm keadaan high risk pregnancy.. mmg akan selalu dipantau.. follow utk kebaikan awak dan baby.. kk tak kan suka2 suruh awak dtg checkup.. bp tinggi bahaya utk baby dan awak ya.. byk membaca kalau nak tau benda tu memudaratkan ke tak.. kalau nak checkup sbtu ahd pergi swasta.. tp kena sedia duit la.. buka buku pink saja 150 ya.. checkup monthly depend plak.. antara rate 150-300 tiap2 kali checkup.. pilihan di tgn awak.. tp bila high risk swasta akan tendang balik ke kk ya..

Baca lagi

Sy sama mcam sis..berat meningkat kena check bp selang sehari…cuma beza sy sy kerja shift so sy explain siap2 dekat nurse kalau sy kerja pagi saya datang petang kalau saya kerja petang sy datang pagi..untuk problem sis..boleh try explain dekat bos selitkan sekali dengan gmbr appoitment..yela sekarang ni kalau kita cakap takda bukti orang boleh salah faham..so sy suggest puan explain betul2 dekat bos then bagi bukti puan ada appoitment so nanti takdalah puan rasa segan…

Baca lagi

Apa yang doktor suggestkan adalah yg terbaik untuk sis ibu mengandung mcm sis sgt ii digalakkan untuk diberi pemantauan yang lebih sbb tanda ii untuk kena sawan masa mengandung antaranya adalah bp tinggi doktor dan nurse nak yang terbaik untuk sis biar sis stress sekarang jgn stress kendian hari sbb jd benda yang tak diingini saya doakn sis dipermudahkan urusan dan diberikan kesihatan yang berpanjangan moga sis tabah hadapi cabaran

Baca lagi

dh high risk mom mmg la mcm tu. bagus la nurse tu nk pantau. kalau x pantau nnti awk ckp dorg xnak buat kje pulak. bp tu boleh beli bp set sendiri. pg farmasi beli. buat sendiri pagi bangun dri tdo. kalau rasa xnak jugak ikut awk la, tapi kena fikir anak dlm perut tu. jgn amek mudah kalau bp tinggi. kalau betul ade high bp lagi bahaya. x monitor. kalau dh tinggi sgt boleh jadi sawan.

Baca lagi
TapFluencer

Ada komplikasi biasalah kena kerap cek up. Puan fokus dan syg pada diri dan kandungan puan.Majikan dah beri kebenaran, syukurlah sbb puan cek up bukan saje2. Kena pantau kesihatan puan dan kandungan juga. Elakkan stress, hari minggu jalan2 kat taman/pantai. 🌻

Baca lagi

cuma ibu2 yang bekerja je yang faham keadaan ni . nak jaga hati boss dalam masa yang sama risaukan kesihatan kandungan . tah lah tak tahu nk cakap macam mana . hanya yang bekerja je yang faham . nak pergi checkup takde masalah cuma tula , malu bila asyik ambil cuti je😣

2y ago

yes setuju sangat dah pernah rasa masa 1st trimester asyik kena cuti sbb kena drip air alahan. nak secure pekerjaan lagi, nak jaga kesihatan lagi, baby lagi. kalau tak keje kurangla sikit tekanan tu

begitulah asam garam kehidupan ibu mengandung yg berkerja sis. semua ibu2 mengandung hadap benda yg sama.

kalau awak rasa taknak check up time office hour, pergilah check up kat klinik swasta.