Breastfeeding

Hi mommies, saya epmom. Dah cuba bagi anak direct tapi dia tak pernah nak. Sepanjang 5m lebih jadi epmom, banyak kali kena clogged duct & baru ni kena bengkak susu. Sangatlah sakit. Rasa sedih & tak sanggup nak bagi anak susu fm. Tapi tak tahan sangat dengan sakit yg dirasa. Dengan mak mer mesti condemn sebab tak teruskan bf. Bila dah sihat ni, lupa masa sakit. Nak teruskan pam. Bila sakit, time tu lah rasa nak berhenti pam. Cukup2 lah pam. Mommies rasa macam mana? Saya dah jarakkan masa pam. Susu pun dah drop. Sebelum saya 100% berhenti pam, mommies ada nasihat tak? Atau tips supaya saya boleh terus bf anak? Saya sedia ikut tips jika saya boleh teruskan bf, atau kalau saya perlu berhenti pam, saya akan berhenti. Saya semacam perlukan semangat 😔

4 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

awak nak fully breastfeeding baby semula ya? mean nak stop jadi epmom. mesti la boleh. cuma nya awak kena selalu pujuk baby. jangan putus asa. 1) buat oral stimulation. boleh search dkt youtube ataupon awak search je page nadmasrom (lactation counselor) ada ajar cara nk buat oral stimulation dekat baby. kenapa kena buat sbb sbb baby dah nipple confuse. sebab tu bila awak sua breast baby xnak. 2) kerapkan skin to skin dengan baby. mean awak shirtless and baby awak pakai pampers sahaja. masa mandikan baby, awak boleh mandi sekali supaya baby rasa kehangatan badan dan bau badan awak. 3) awak kena offer breast awak sebelom 3rd feeding que baby. mean sebelom baby awak melalak nak susu. bila baby dh mengamuk then awak sua breast confirm baby mmg reject utk directfeed. offer breast awak setiap hari dekat baby dlm 10-15minit. jangan paksa. just awak buat je hari2. lama2 nanti mesti baby akn directfeed semula. 4) pujuk baby utk directfeed dalam suasana sunyi tanpa gangguan bunyi dn bilik agak suram. boleh juga offer baby semasa baby dlm keadaan mamai kena tengok balik sebab apa berlaku bengkak susu 1) jarak pam awak 2) size corong pam awak 3) awak pam guna level macam mana? ada guna both stimulate and massage mode tak?

Baca lagi