Pam sebelah je

Hi mommies, saya dah berpantang lebih 30 hari dan start mengepam utk buat stock bekerja. Boleh ke saya mengepam sebelah breast je? sebelah lagi saya bagi baby susu utk next session menyusu. Then gilir2 sbb pam ada 1 je sekarang🥹 Lagi satu, saya dh ukur nipple dan dah beli corong yg betul, tapi lepas pam tu breast tak rasa kosong mcm lepas baby menyusu. Macam tak puas mengepam. Dpt 1oz je. Normal ke ye? 😅

5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Saya sarankan untuk awak pump ja dua2 belah, sb nti susu akn terhasil semula selepas breast kosong. Awak boleh buat gap 3 jam sekali. Mcm saya pon ada pump 1 ja (utk sebelah breast ja). Cth sebelah kiri pump, sebelah kanan bg baby isap susu, dh siap pump belah kiri, tukar pulak pump sebelah kanan. Berkenaan pump pulak, dia ikut org n jenama juga tau, mcm sy pump jenama lora ashlee x sesuai, so sy beli pulak pump jenama autum, padahal size corong yg sama

Baca lagi