Hi mommy yang kuat. keadaan kita sama sis. Berpantang dengan mak sendiri dia suruh bagi susu formula kat anak saya. Saya sedih sebab niat memang nak fully BF. Lepas tu kalau baby tu nangis mak asyik cakap salah saya sepenuhnya. Padahal dia tak tahu baby tu tak selesa. Mak saya sendiri pun cakap susu badan saya tak cukup kalau saya bagi susu badan kat anak saya. So bila dah susu badan baby nangis, dia suruh top up formula. Dah sudahnya anak saya sekrang combo feeding. Waktu awal berpantang tu nak dua minggu saya asyik nangis je sebab sedih tak dapat susukan badan anak. Mommy, jangan putus asa ya. Mommy ada hak untuk bagi susu badan kat anak mommy. Dont give up mommy. Sama-sama kita usaha 🙏🏼
Hmmm. Saya baca pun stress 🥲 Baby tu baru lahir dekat dunia, yang dia tahu cuma nangis 🥲 Tu je cara nak berkomunikasi. Betul, emosi kena jaga betul2. Orang sekeliling kena memahami. Saya pun pernah merasa bengkak susu, anak warded pulak masatu, sakit ya amat. Masa saya berpantang family tak support saya fully bf, katanya susu saya cair, sikit, kesian anak. Husband, nurse, doc yang bagi semangat sepanjang journey breastfeeding saya. Alhamdulillah, sekarang anak dalam fasa wean off dah. Semoga yang baik2 shj untuk awak, banyakkan bersabar tau, awak boleh hadapi semua ni 🤍 Kita boleh! 💪🏻💪🏻
Saya pulak, susu agak kurang tp sy tak giveup utk try milk booster, sambil tu sy mix feeding susu badan dan formula. mak sy marah pulak sbb dia xbagi guna Formula. sy stress sy jawab balik nak ke tgok cucu underweight? bagi sy, fully bf ke mix feeding ke, semuanya okay. ikut keselasaan masing2 dan situasi masing2. skrg sy dah tak stress. baby 50 hari dah. sy lantakkan apa org keliling atau family nak cakap apa. sbb yg nak jaga ank ni adalah sy dan husband
Anonymous